Monday, June 9, 2008

ANTALOGI SEUNTAI KATA UNTUK DIRASA

PANTUN JOGET PAHANG

Dari Melaka pergi ke Pahang,
Singgah di Johor beli berangan,
Kami mengucapkan selamat datang,
Apa yang kurang dikeji jangan.

Negeri Pahang aman sentosa,
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan,
Niat di hati nak buat jasa,
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan.


Pukul gendang kulit kerbau,
Dalam majlis tari-menari,
Kami ini daganglah merantau,
Mengharap belas orang di sini.

(Dipetik daripada antologi Seuntai Kata untuk Dirasa,Tingkatan 2,DBP)
1 Apakah harapan tuan rumah terhadap
tetamu yang bertandang ke rumahnya?
3 Apakah harapan perantau apabila
berada di sesuatu tempat?


A Berharap tetamu tidak serik untuk berkunjung ke rumahnya lagi
B Mengenang budi atas segala yang diberi semasa bertandang ke rumahnya.
C Berharap dapat memaafkan atas segala kekurangan yang berlaku.
D Tidak membenarkan tetamu itu bertandang ke rumahnya kerana menyusahkan beliau.

2 Kita seharusnya berdoa pada setiap
masa terutama dalam membuat sesuatu
perkara kerana

A mendapat keredaan Tuhan
B mendapat balasan yang setimpal
C tidak disalah anggap oleh orang lain.
D mengharapkan hasil yang diperoleh lebih lumayan.

A Mendapat layanan yang sama dengan tempatan
B Mendapat belas kasihan penduduk
C Tidak disalah anggap kedatangannya
D Membantu setakat yang termampu

4 Petikan pantun di atas menggmbarkan
tentang

A kematian
B kemuliaan
C kemiskinan
D kemelaratan

5 Berikut merupakan persoalan
persoalan yang terdapat dalam “Pantun
Joget Pahang” kecuali

A perantau perlu diberi bantuan
B tetamu wajar dilayan dengan baik
C kewjipan membuat baik pada setiap masa.
D sentiasa meminta kemaafan atas kekurangan yang berlaku.


Praktis 2
PANTUN TEKA TEKI

Ikan Selar dalam kuali,
Kuali diletak celah dapur;
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?

Tanam pisang sulung tahun,
Malam-malam tanak nasi,
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?

Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?

1 Apakah binatang yang dimaksudkan
dalam rangkap pertama “Pantun Teka-
teki”?

A Ular
B Cacing
C Ulat
D Buaya

2 Makanan yang dibungkus seperti yang
dimaksudkan dalam pantun di atas
ialah

A ketupat
B lemang
C kuih koci
D pulut panggang

3 Perkataan bila dalam rangkap ketiga
baris ketiga dan keempat adalah
contoh

A aliterasi
B similie
C personifikasi
D anafora

4. Apakah tema “Pantun Teka-teki”

A kepekaan terhadap suasana dan benda-benda yang terdapat di sekeliling kita
B Kecekapan menggunakan pantun untuk menyampaikan teka-teki
C Kebijaksanaan orang zaman dahulu dalam menguji seseorang.
D Memupuk minat berfikir dalam kalangan generasi kini dan generasi terdahulu



Praktis 3

Baca sajak di bawah dengan teliti,
Kemudian jawab soalan-soalan
Yang berikutnya.

CINTA
Aku cinta padamu
wahai laut yang bergelora
Kerana aku bias belajar
menjadi seorang jejaka
yang tabah menerima cabaran

Aku cinta padamu
wahai langit yang luas
kerana aku bisa terbang bebas
menjelajah dunia saujana
antara batas dan tradisi.

Aku cinta padamu
wahai gunung yang tinggi
kerana aku bisa menjadi
seorang pendaki gagah
yang tidak cepat menyerah kalah.
Awang Abdullah,
(Dipetik daripada antologi Seuntai Kata untuk Dirasa,
Tingkatan 2,DBP.




5 Berikut merupakan pengajaran-
pengajaran yang terdapat dalam
“Pantun Teka-teki,kecuali

A sesetengah persoalan tidak dapat diatasi dengan mudah
B akal perlu digerakkan bagi mengatasi sesuatu masalah.
C sesuatu jawapan itu mestilah disertai dengan alasan yang kritis.
D sesiapa yang dapat menjawab teka-teki itu dianggap pintar.


1. Apakah yang cuba disampaikan oleh
penyajak dalam rangkap pertama?

A keinginan pemuda yang cuba memperoleh sesuatu perkara
B Kesanggupan pemuda menggalas sesuatu perkara yang telah diamanahkan
C Kekuatan yang cuba ditunjukkan oleh seseorang pemuda dalam melakukan sesuatu perkara
D Semangat perjuangan seorang anak muda yang sanggup menghadapi pelbagai halangan hidup.

2 Penyajak juga mengucapkan syukur
kerana

A diberi peluang yang terbuka luas untuk menghadapi kehidupan yang bebas.
B masih dapat menjalani kehidupan di dunia ini.
C dapat menjelajah dunia ini sehingga ke angkasa lepas.
D mampu mengecapi kehidupan di dunia ini.

3.Apakah kesan jiwa penyajak daripada
penelitian terhadap alam?

A Bisa terbang bebas
B Menjelajah dunia saujana
C Menjadi tabah dan tercabar
D Menjadi tabah dan tidak cepat mengalah.
4 Sajak ini memperlihatkan perasaan
penyajak yang begitu

A sinis
B romantis
C patriotik
D melankolik

5 Gunung menurut penyajak,mengajar
dia nilai

A tidak mudah putus asa
B berani menghadapi cabaran
C mempunyai semangat yang tinggi
D rajin dan tekun

ANTALOGI SEHIJAU WARNA DAUN

Praktis 1
PUISI TRADISIONAL
PANTUN DUA KERAT
Baca pantun di bawah ini dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong,lama-lama mencuri,

Mengata dulang paku serpih,
Mengata orang dia yang lebih.

Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.

Mentimun bengkok di balik tiang,
Ayam berkokok alamat nak siang.

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.

Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.





1 Rangkap pertama “Pantun Dua Kerat”
bermaksud

A suka bercakap besar
B merendah diri
C sombong dan bongkak
D suka berbohong dan akhirnya
Mencuri.

2 Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati

Pantun di atas menggambarkan seseorang yang berasa

A gembira kerana sihat
B suka akan perut gendut
C girang kerana perutnya kenyang
D suka perutnya buncit

Dahulu parang sekarang besi,
Dahulu sayang sekarang sekarang benci.

Tukul takal muka pintu,
Orang nakal memang begitu.

Keli masuk ruan keluar,
Matahari masuk bulan keluar.

Duduk inding enggang tap,
Senduk di dinding,panggang di atap.

Secupak padi,setahil berangan,
Tersepak kaki, terkehel tangan.

Kapal belayar dalam semak,
Perut lapar semua lemak.

(Dipetik daripada antologi Sehijau Warna Daun,Tingkatan 1,DBP)


3 Frasa Sudah tahu bertanya pula bermaksud

A sikap manusia memang begitu
B sengaja bertanya walaupun
sudah tahu.
C banyak orang suka berpura-pura.
D banyak orang suka berpura-pura
untuk bertanya.

4 Apakah tanda hari akan siang?

A Ayam berkokok
B Bulan mula mengambang
C Hari semakin cerah
D Orang mula bangun



5 Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula

Buktikan mengapakah maksud pantun di atas dikatakan menyindir?
A Kita wajar bertanya apabila kita tidak mengetahui.
B Apabila kita telah mengetahui kita tidak perlu bertanya.
C Kita tidak akan bertanya walaupun kita tidak tahu.
D Kita masih bertanya walaupun kita sudah mengetahui sesuatu perkara.

Praktis 2

SYAIR KEN TAMBUHAN

Radin bertitah sambil berdiri,
“Kakang sekalian segeralah mari,
Kita pun mandi bersuci diri,
Panas nan keras tidak terperi.”

Tunduk menyembah sekaliannya,
Bersalin basahan mengiring tuannya,
Radin bersiram sangatlah sukanya,
Masing-masing dengan gurau sendanya.

1 Mengapakah Radin Menteri mengajak
para pengiringnya bermandi-mandi?

A Air di sungai amat sejuk
B Menguji kepatuhan pengiringnya
C Merupakan suatu kegemarannya
D Cuaca sangat panas

Ramainya tidak lagi terperi,
Ada yang berenang ke sana ke mari,
Bersimbah-simbah sesama sendiri,
Menyukakan hati Radin Menteri.

Setengah lagi bercura lena,
Kelihatan rakit bunga angsana,
Rupanya indah pelbagai warna,
Segala yang menentang hairan semena.

Rakitnya hanyut dari hulu,
Menurut air hilir selalu,
Segala yang memandang belas dan pilu,
Masing-masing berenang berembut
dahulu.

(Dipetik daripada antologi Sehijau Warna Daun,Tingkatan 1,DBP)

2 Kemungkinan latar masa dalam syair
ini ialah

A pagi
B malam
C tengah hari
D lewat petang

3 Nilai murni yang terdapat dalam
rangkap kedua puisi ini ialah

A Berterima kasih
B menghormati
C kesyukuran
D keberanian

4 Pengajaran daripada rangkap pertama
puisi ini ialah

A tidak boleh melawan ketua
B arahan yang mesti dipatuhi
C setiap pengembaraan ada cabarannya
D pentingnya berehat dan membersihkan diri.

5 Syair di atas menyebut peristiwa itu berlaku di sebatang sungai. Peristiwa tersebut merupakan

A latar masa
B latar tempat
C latar masyarakat
D latar peristiwa


Praktis 3

PUISI BUAT MAMA

Kau terpaksa pergi
meninggalkan Ida di buaian
antara rela dan tidak
melepaskan kucupan
walaupun kau lebih dari tahu
tidak ada yang lebih berharga
selain dakapan mesra dan susuan ibu.

Kali ini
kita biarkanlah perpisahan ini
satu pengorbanan yang perlu
kerana hidup ini hanya akan bererti
bila kita tiba-tiba merasa kehilangan
dan diperlukan.



1 Rangkai kata dakapan mesra
membawa maksud

A kasih sayang
B pelukan erat
C rasa sayang
D rasa cinta

2 Berikut anggapan penyair
menyebabkan seseorang itu berasa
diperlukan

A pertemuan
B kehadiran
C perjumpaan
D perpisahan

3 Apabila berlaku perpisahan dengan
“mama” siapakah yang paling merasai
kesannya?

A bapa
B bayi
C saudara mara
D keluarga

4 Penderitaan akibat perpisahan antara
ibu dengan anak bolehlah diibaratkan
sebagai

A bumi mana yang tidak ditimpa hujan
B sudah jatuh ditimpa tangga
C betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
D enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

5 Antara pengajaran yang terdapat dalam
“Puisi Buat Mama” ialah

A pengorbanan penting untuk hidup senang
B kasih sayang antara ibu dan anak
C kita perlu mengasihi darah daging sendiri
D kita perlu berani



Antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1

PANTUN DUA KERAT
1 D
2 C
3 B
4 A
5 C

SYAIR KEN TAMBUHAN
1 D
2 C
3 B
4 B
5 B

PUISI BUAT MAMA
1 A
2 D
3 B
4 C
5 C

PANTUN JOGET PAHANG
1 D
2 A
3 A
4 C
5 D

PANTUN TEKA-TEKI

1 A
2 B
3 D
4 A
5 D


CINTA

1 D
2 D
3 D
4 B
5 A

ANTALOGI ANAK BUMI TERCINTA

Praktis 1

PANTUN BUDI
Baca pantun di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.

Bunga cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang;
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.


Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai berlari;
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.

1 Orang yang berbudi bahasa

A sentiasa mendapat perhatian
Daripada orang ramai.
B sentiasa dikenang orang dan disebut sebut selalu.
C mudah mendapat pertolongan jika kesusuhan
D mempunyai ramai musuh.

2 Bagaimanakah masyarakat sekarang
seperti yang digambarkan dalam
pantun di atas?

A Suka dipuji dan disanjung
B Tidak lagi berbudi bahasa
C Pandai menyesuaikan diri mengikut suasana
D Lebih mengutamakan kekayaan dan harta benda
3 Orang yang tidak berbudi boleh
diumpamakan seperti

A lupa daratan
B hidung tinggi
C besi berkarat
D sampah masyarakat

4 Nilai yang terdapat dalam rangkap
pertama puisi ini ialah

A tabah
B kerjasama
C kasih sayang
D mengenang budi


5 Kumpulan pantun ini bertemakan

A budi baik dikenang juga
B hina manusia kerana budi
C kepentingan budi dalam hidup manusia
D manusia lebih mementingkan kekayaan.


Praktis 2
SYAIR TENAGA PEMUDA

Baca petikan di bawah dengan
teliti,kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

Tenaga pemuda kalau diasuh,
Pimpin dan didik kotor dibasuh,
Tidaklah ia menjadi lusuh,
Amat berguna menentang musuh.

Tenaga pemuda memang terbilang,
Tenaga yang sedang gilang-gemilang,
Beban yang berat dapat dijulang,
Benda yang jauh dapat dijelang.

Tenaga pemuda tenaga bererti,
Tenaga yang berani menempah mati,
Tenaga mengenal erti nanti,
Hanya penuh kemahuan mesti.

Tenaga pemuda mestilah sayang,
Jangan dibiarkan lemah dan goyang,
Di waktu pagi muda tenaga kencang,
Berani sampai berputih tulang.

Tenaga pemuda kalau dijaga,
Kelak akhirnya sangat berharga,
Tenaga yang menjadi harapan bangsa,
Gagah berani mempertahankan Negara.

Gustam Negara, (Dipetik daripada antologi Anak Bumi Tercinta,Ting.3,DBP)























1 Kepentingan tenaga pemuda seperti
yang dinyatakan dalam rangkap
pertama puisi ini.

A mampu menjadi pendidik
B mampu menjadi pemimpin
C mampu membangunkan negara
D mampu menentang musuh negara.

2 Frasa tenaga yang berani menempuh
mati bermaksud

A tenaga yang sanggup berjuang bermati-matian kerana negara.
B tenaga yang sanggup mati dengan sia-sia.
C tenaga yang sengaja menempah maut.
D tenaga yang lemah.

3 Nilai-nilai yang terdapat dalam
rangkap ketiga puisi ini ialah

A merendah diri
B terburu-buru
C kerjasama
D berani


4 Mengapakah tenaga pemuda perlu
dididik dan diasuh dengan sempurna?

A berupaya menangkis anasir jahat
B melahirkan generasi yang disegani
C mampu menyumbangkan bakti kepada negara
D berpotensi menjadi pemimpin yang berwibawa

5 Untuk merealisasikan wawasan negara
golongan pemuda seharusnya
dilindungi daripada

A berilmu pengetahuan
B berbudi pekerti
C bekerjasama
D memberontak

Praktis 3

BILA BERJAUHAN

Baca sajak di bawah dengan
teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang kurasakan
kau semua mesti di sisiku
kerana setiap yang kualami
kau semua mesti menikmati

dalam kesepian di tengah ramai
orang yang ditemui tapi tak kukenal
suara kalian ada di telingaku
kenakalan dan ketegasan di rumah tangga

tidak melepaskan jarak kita
malah ingatan itu
menjadikan aku
seorang ayah dan suami
yang terlalu memelihara
erti diri

di tengah bayang ibumu berdoa
dan kau semua menunggu
wujud aku dalam godaan keasyikan membentuk diri
menjadi seorang ayah dan suami
tegak dan pejal.

A. Wahab Ali,dipetik daripada antologi Anak Bumi Tercinta.Tingkatan 3,DBP)

1 Mengapakah penyajak berasa setiap
ahli keluarganya perlu berada bersama
pada setiap masa?

A dapat bertukar-tukar pendapat
dan buah fikiran
B mengeratkan lagi hubungan
silaturahim dalam kalangan ahli
keluarga
C berharap ahli keluarga lain
merasai perkara yang dialami
oleh penyajak
D setiap masalah yang dihadapi
oleh ahli keluarga dapat
diketahui dengan cepat

2 Apakah perkara yang selalu terngiang-
ngiang di telinga penyajak lebih-lebih
lagi apabila berjauhan daripada
keluarga?

A suara anak-anak yang nakal dan isteri yang sentiasa tegas
B perbualan dengan anak-anak dan juga isterinya
C suara anak-anaknya yang setiasa keriangan
D suara isterinya yang sedang berdoa

3 Berikut merupakan pernyataan yang
berkaitan dengan diri penyajak,kecuali

A penyajak mempunyai seorang isteri yang pandai mendidik anak-anak dan menjaga kesejahteraan keluarga.
B penyajak selalu digoda supaya curang terhadap isteri dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.
C penyajak sentiasa merindui keluarganya lebih-lebih lagi apabila berjauhan
D penyajak merupakan seorang yang bertanggungjawab.

4 Antara yang berikut yang manakah
merupakan tema sajak ini?

A sikap negatif ayah apabila berjauhan
B kasih semakin erat apabila berjauhan
C kegelisahan anak-anak berjauhan dengan bapa
D kegembiraaan ahli keluarga apabila berkumpul

5 Persoalan yang tidak terdapat dalam
sajak ialah

A semasa berjauhan hubungan kekeluargaan menjadi lebih erat
B isteri dan anak-anak perlu berdoa
C suami yang selalu meninggalkan keluarga dan mengabaikan tanggungjawab
D setiap anggota keluarga perlu sentiasa bersama-sama berkongsi pahit manis kehidupan.


Skema jawapan

Antologi Anak Bumi Tercinta,Tingkatan 3

PANTUN BUDI
1 B
2 D
3 C
4 A
5 D

SYAIR TENAGA PEMUDA
1 D
2 A
3 D
4 A
5 D

BILA BERJAUHAN
1 C
2 A
3 B
4 B
5 C

TATABAHASA 3

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

1. Kereta persendirian merupakan penyebab utama kesesakan lalu lintas.
A. Penyebab utama lalu lintas ialah kesesakan jalan.
B. Kesesakan lalu lintas penyebab utama lalu lalang.
C. Penyebab utama kesesakan lalu lintas ialah kereta persendirian.
D. Kereta persendirian dan kesesakan lalu lintas merupakan penyebab utama.

2. Manusia suka melihat telatah manusia lain sehingga terlupa akan keaiban diri
sendiri.
A. Keaiban sendiri dilupakan kerana mereka leka dan alpa dengan gelagat manusia.
B. Gelagat manusia menyebabkan mereka leka dan alpa dengan dunia luar.
C. Oleh sebab leka dengan gelagat manusia lain, mereka lupa keaiban sendiri .
D. Kerana leka dan alpa manusia lupa akan keaiban sendiri.

3. Encik Ahmad singgah di Tangkak untuk makan dalam perjalanan ke Kluang.
A. Encik Ahmad ke Tangkak untuk makan.
B. Encik Ahmad ke Kluang untuk makan di Tangkak.
C. Dalam perjalanannya ke Kluang, Encik Ahmad berhenti makan di Tangkak.
D. Encik Ahmad berhenti di Tangkak dalam perjalanan makan di Kluang.

4. Orang ramai membanjiri pasar raya yang mengadakan jualan murah itu.
A. Jualan murah telah menyebabkan pasar raya itu banjir.
B. Akibat banjir, pasar raya itu mengadakan jualan murah.
C. Orang ramai mengalami banjir di pasar raya itu dengan jualan murah.
D. Ramai orang membeli belah di pasar raya itu sempena jualan murah.

5. “ Sebelum kamu tidur, basuhlah kaki kamu dahulu,” kata emak kepada abang.
A. Abang diberitahu emak supaya tidur setelah membasuh kaki.
B. Emak mengingatkan abang supaya membasuh kaki sebelum tidur.
C. Emak berkata kepada abang supaya abang membasuh kaki untuk tidur.
D. Emak menyuruh abang tidur dan mengingatkannya supaya membasuh kaki.

6. Krisis air yang berlaku adalah disebabkan oleh pembaziran oleh para pengguna.
A. Pengguna yang menyebabkan krisis air berlaku.
B. Krisis air berpunca daripada sikap pengguna.
C. Pembaziran krisis air adalah disebabkan oleh pengguna.
D. Pengguna yang menggunakan air secara membazir telah menyebabkan berlakunya
krisis air.

7. Sikap toleransi perlu ada dalam diri muda-mudi untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan.
A. Untuk menjamin keharmonian, sikap tolak ansur perlu ada dalam diri muda-mudi.
B. Sikap tolak ansur perlu ditanam dalam diri untuk keharmonian masyarakat.
C. Muda-mudi sekarang perlu ada sikap toleransi untuk kedamaian.
D. Tolak ansur perlu untuk menyelesaian semua masalah.

8.Orang ramai perlulah saling bekerjasama untuk mengatasi pelbagai jenayah di
negara ini.
A. Jenayah di negara ini akan dapat diatasi jika terdapat kerjasama daripada orang ramai.
B. Di negara ini jenayah dapat dihapuskan jika terdapat bantuan daripada orang ramai.
C. Kerjasama dan bantuan daripada orang ramai dapat basmi jenayah.
D. Bantuan daripada orang ramai amat diperlukan untuk atasi jenayah.

9. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mengasuh anak-anak mereka menjadi pelajar yang cemerlang.
A. Peranan penting dimainkan oleh ibu bapa supaya anak-anak mereka cemerlang.
B. Kecemerlangan seseorang pelajar adalah disebabkan oleh didikan ibu bapa.
C. Asuhan dan didikan ibu bapa menyebabkan pelajar pintar.
D. Seseorang pelajar itu cemerlang kerana dorongan daripada ibu bapa.

10. Menara Berkembar Petronas merupakan salah sebuah menara yang tertinggi di dunia.
A. Menara Berkembar Petronas salah sebuah di dunia kelihatan paling tinggi.
B. Salah sebuah menara tertinggi di dunia ialah Menara Berkembar Petronas.
C. Terdapat Menara Berkembar Petronas di Malaysia yang salah satunya di dunia.
D. Ketinggian Menara Berkembar Petronas dikagumi di seluruh dunia, salah satunya.

11. Aktiviti gotong-royong sudah menjadi amalan penduduk Kampung Majid.
A. Aktiviti gotong-royong yang diamalkan oleh penduduk Kampung Majid sangat baik.
B. Sejak dahulu lagi penduduk Kampung Majid telah mengamalkan aktiviti gotong-royong.
C. Sejak dahulu penduduk Kampung Majid telah beramal dengan aktiviti gotong-royong.
D. Amalan gotong-royong merupakan aktiviti penduduk Kampung Majid sejak zaman dahulu.

12. Mereka mencari harta karun yang terdapat di pulau itu berpandukan peta yang disediakan.
A. Harta karun yang ada di dalam peta itu didapati terdapat di pulau itu.
B. Peta yang disediakan bagi mencari harta karun telah digunakan oleh mereka.
C. Mereka merujuk peta yang disediakan untuk mencari harta karun yang dipercayai terdapat di pulau itu.
D. Harta karun yang dicari terdapat dalam peta yang disediakan telah ditemui oleh mereka yang bercadang mencari harta karun.

13. Persembahan teater Putera Gunung Tahan mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.
A. Para penonton memberikan tepukan gemuruh kepada persembahan teater Putera Gunung Tahan.
B. Para penonton bertenaga memberi tepukan gemuruh kepada persembahan teater Putera Gunung Tahan.
C. Persembahan teater Putera Gunung Tahan menjadi bertenaga apabila diberi tepukan oleh para penonton.
D. Persembahan teater Putera Gunung Tahan yang bertenaga telah diberi tepukan gemuruh oleh para penonton.

14. Semenjak ketiadaan suaminya, Puan Rahmah bertanggungjawab membesarkan anak-anaknya.
A. Puan Rahmah dan suaminya bertanggungjawab membesarkan anak-anak.
B. Anak-anak dan Puan Rahmah bertanggungjawab atas ketiadaan suaminya.
C.Ketiadaan suami, membesarkan anak-anak menyebabkan Puan Rahmah bertanggungjawab.
D.Sudah menjadi tanggungjawab Puan Rahmah membesarkan anak-anak sementara ketiadaan suaminya.

15. Mengikut sejarah, pihak Belanda menyerang Melaka pada tahun 1641.
A. Melaka melancarkan serangan pada tahun 1641 ke atas Belanda mengikut sejarah.
B. Serangan ke atas Melaka hanya berlaku pada tahun 1641 oleh Belanda mengikut sejarah.
C. Pada tahun 1641 berlaku serangan Belanda ke atas Melaka seperti yang dicatat dalam sejarah.
D. Serang-menyerang antara Belanda dan Melaka pada tahun 1641 menjadi sejarah ke hari ini.

16. SMK Taman Kluang pernah muncul sebagai juara dalam pertandingan bahas ala parlimen sebanyak tiga kali.
A. Tempat pertama pertandingan bahas ala parlimen dimenangi SMK Taman Kluang.
B. Ketiga-tiga pertandingan bahas ala parlimen telah dimenangi oleh. SMK Taman Kluang.
C. SMK Taman Kluang telah menyertai pertandingan bahas ala parlimen sebanyak tiga kali.
D. SMK Taman Kluang pernah memenangi tempat pertama sebanyak tiga kali dalam pertandingan bahas ala parlimen.

17. Keutamaan kursus akan diberikan kepada setiap peserta yang memenuhi syarat.
A. Setiap peserta perlu memenuhi syarat utama akan diberi kelebihan kursus.
B. Setiap peserta yang memenuhi syarat akan diberikan keutamaan untuk mengikuti kursus.
C. Syarat utama peserta kursus akan diberikan kepada yang memenuhi syarat-syarat diperlukan.
D. Syarat yang ditetapkan perlu diberi keutamaan kepada peserta jika mereka berminat mengikuti kursus.

18. Keindahan Pulau Tioman, di Johor telah menarik minat pelancong asing untuk mengunjunginya.
A. Pelancong tertarik untuk ke Johor kerana tertarik dengan keindahan Pulau Tiomannya.
B. Pelancong mengunjungi Pulau Tioman di Johor kerana tertarik dengan keindahannya.
C. Pulau Tioman, begitu menarik untuk dikunjungi di Johor oleh pelancong.
D. Pulau Tioman yang terletak di Johor begitu indah tertarik oleh pelancong.

19. Orang ramai berkumpul di dewan untuk mendengar ceramah motivasi daripada tokoh yang terkenal itu.
A. Tokoh yang terkenal itu memberi ceramah motivasi kepada orang ramai.
B. Orang ramai memberikan ceramah motivasi kepada tokoh yang terkenal itu.
C. Ceramah motivasi daripada tokoh yang terkenal itu didengar oleh orang ramai.
D. Orang ramai yang ingin mendengar ceramah motivasi daripada tokoh yang terkenal itu.

20. Dalam setiap permainan, terdapat undang-undang atau peraturan yang mesti dipatuhi.
A. Setiap permainan ada undang-undang atau peraturannya.
B. Permainan mesti mematuhi undang-undang atau peraturan.
C. Terdapat undang-undang dan peraturan dalam setiap permainan.
D. Terdapat undang-undang atau peraturan yang mesti dipatuhi dalam setiap permainan.

21. Faktor yang akan menentukan kesinambungan kejayaan bangsa Melayu pada masa depan ialah perpaduan yang kukuh.
A. Perpaduan yang kukuh menjadi faktor yang akan menentukan kesinambungan kejayaan bangsa Melayu pada masa depan.
B. Kesinambungan bangsa Melayu akan berjaya hanya dengan perpaduan yang kukuh menjadi faktornya pada masa depan.
C. Dengan perpaduan yang kukuh dan kesinambungan bangsa Melayu penentu kepada kejayaan pada masa depan.
D. Bangsa Melayu akan kukuh apabila berkesinambungan dengan perpaduan yang kukuh pada masa depan.




22. Kejayaan seseorang pelajar bukan sahaja bersandar pada usahanya tetapi juga daripada doa ibu bapanya.
A. Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang berusaha dan berdoa untuk ibu bapa mereka.
B. Para pelajar tidak akan berjaya sekiranya berusaha sahaja tanpa doa daripada ibu bapa.
C. Usaha dan doa daripada ibu bapa merupakan faktor kejayaan utama bagi seseorang pelajar.
D. Kejayaan seseorang pelajar bukan hanya bergantung pada usahanya tetapi juga doa daripada ibu bapanya.

23. Pokok dukong yang berbuah lebat itu telah tumbang ditiup angin kencang pada petang kelmarin.
A. Pokok dukong itu berbuah lebat ditiup angin kencang pada petang kelmarin sehingga tumbang.
B. Pokok dukong itu telah tumbang pada petang kelmarin kerana berbuah lebat sebab angin bertiup.
C. Angin kencang itu meniupkan pokok dukong yang berbuah lebat sehingga tumbang pada petang kelmarin.
D. Angin yang bertiup kencang pada petang kelmarin telah menyebabkan pokok dukong yang berbuah lebat itu tumbang.

24. Pulau Tioman yang terletak di negeri Johor merupakan pusat peranginan yang terkenal di Malysia.
A. Pusat peranginan yang terkenal di Malaysia terletak di Johor Pulau Tioman.
B. Pulau Peranginan di Pulau Tioman terkenal di Johor kerana terletak di Malaysia.
C. Pulau Tioman terkenal di negeri Johor merupakan pusat angin di Malaysia.
D. Pusat peranginan yang terkenal di Malaysia ialah Pulau Tioman yang terletak di negeri Johor.

25. Perlawanan bola sepak antara pasukan Selangor dengan Perak semalam telah dimenangi oleh pasukan Selangor.
A. Pasukan Selangor telah mengadakan perlawanan bola sepak dengan Perak semalam.
B. Pasukan Selangor memenangi perlawanan bola sepak dengan Perak semalam.
C. Perlawanan bola sepak antara pasukan Selangor dengan Perak telah diadakan semalam.
D. Pasukan Selangor telah memenangi perlawanan bola sepak dengan Perak yang diadakan semalam.

26. Para pelajar bertungkus-lumus menyiapkan kerja kursus Geografi itu sebelum tarikh akhir penghantaran.
A. Para pelajar menyiapkan kerja kursus Geografi itu pada tarikh akhir penghantaran.
B. Para pelajar bertungkus-lumus sebelum tiba tarikh akhir penghantaran kerja kursus Geografi itu.
C. Sebelum penghantaran, kerja kursus Geografi itu perlu disiapkan oleh pelajar dengan bertungkus-lumus.
D. Sebelum tarikh akhir penghantaran, para pelajar bertungkus-lumus menyiapkan kerja kursus Geografi itu.

27. Hidup para nelayan di Thailand lebih menderita kerana sering ditindas oleh orang tengah.
A. Para nelayan di Thailand sering menderita kerana menindas orang tengah.
B. Penderitaan para nelayan di Thailand sering mendapat perhatian orang tengah.
C. Penindasan orang tengah di Thailand sering mendapat perhatian para nelayan.
D. Penindasan yang sering dilakukan oleh orang tengah telah menyebabkan hidup nelayan-nelayan di Thailand lebih menderita.

28. Penjenayah itu menerima hukuman atas perbuatannya yang zalim pada masa lalu.
A. Perbuatannya pada masa lalu telah dihukum oleh penjenayah yang zalim itu.
B. Penjenayah itu menerima hukumannya pada masa yang lalu akibat kezalimannya.
C. Pada masa lalu, penjenayah itu telah menerima hukuman atas perbuatannya yang zalim itu.
D. Hukuman atas perbuatannya yang zalim pada masa lalu telah diterima oleh penjenayah itu.

29. Keindahan pantai-pantai di Malaysia menjadi daya penarik kepada pelancong asing untuk berkunjung ke negara kita.
A. Keindahan pantai-pantai di Malaysia menarik minat pelancong asing untuk mengunjungi negara kita.
B. Keindahan pantai-pantai di Malaysia merupakan daya tarikan semula jadi pelancong asing ke negara kita.
C. Pantai-pantai Malaysia mempunyai daya penarik kepada para pelancong seperti keindahan pantai-pantainya.
D. Pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia mempunyai daya penarik untuk mengunjungi pantai-pantai di negara kita.

30. Masyarakat orang Asli yang tinggal di pedalaman Kalimantan masih lagi hidup mundur lagi terpinggir.
A. Kemunduran hidup orang Asli di Kalimantan masih terpinggir kerana tinggal di pedalaman.
B. Masyarakat orang Asli di Kalimantan gemar dengan keadaan hidup yang mundur dan terpinggir.
C. Masyarakat orang Asli di Kalimantan masih lagi hidup mundur dan terpinggir terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman.
D. Kehidupan di kawasan pedalaman Kalimantan menyebabkan orang Asli masih lagi hidup mundur dan terpinggir.


31. Seramai sepuluh orang dewasa dimasukkan ke hospital kerana disyaki menghidap penyakit berjangkit.
A. Penyakit berjangkit menyebabkan orang dewasa dimasukkan ke hospital kerana disyaki.
B. Pihak hospital menerima seramai sepuluh orang dewasa yang disyaki menghidap penyakit berjangkit.
C. Sepuluh orang dewasa yang disyaki hospital telah menghidap penyakit berjangkit.
D. Orang dewasa yang sakit dimasukkan ke dalam sepuluh hospital kerana dsyaki menghidap penyakit berjangkit.

32. Memang tidak dinafikan bahawa di Malaysia masih ada golongan yang prihatin terhadap orang miskin.
A. Memang tidak disangkal orang miskin ialah golongan yang prihatin di Malaysia.
B. Sikap prihatin terhadap orang miskin yang terdapat di Malaysia memang tidak dinafikan.
C. Wujudnya golongan yang prihatin terhadap orang miskin di Malaysia memang tidak dinafikan.
D. Malaysia tidak pernah menafikan kewujudan orang miskin yang diberi perhatian oleh golongan lain.

33. Masyarakat antarabangsa telah lama mengagumi rakyat negara ini yang hidup bersatu padu.
A. Rakyat negara ini bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa ini telah hidup bersatu padu.

B. Rakyat di negara ini telah lama dikagumi oleh masyarakat antarabangsa kerana hidup bersatu padu.
C. Rakyat negara ini telah lama mengagumi masyarakat antarabangsa yang mengamalkan hidup bersatu padu.
D. Rakyat negara ini telah lama kagum dengan perpaduan yang diamalkan oleh masyarakat antarabangsa.

34. Seluruh masyarakat Malaysia telah mendermakan sejumlah wang dan pakaian untuk mangsa tsunami di Acheh.
A. Wang dan pakaian yang didermakan oleh seluruh masyarakat Malaysia untuk membantu mangsa tsunami di Acheh.
B. Sejumlah wang dan pakaian didermakan oleh seluruh masyarakat Malaysia kepada mangsa tsunami di Acheh.
C. Seluruh masyarakat Malaysia mendermakan wang dan pakaian kepada mangsa Acheh
di negara tsunami.
D. Mangsa tsunami di Acheh menerima bantuan sejumlah wang dan pakaian kepada seluruh masyarakat Malaysia.


35. Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur kerana di negara ini tidak berlaku huru-hara seperti di Iraq.
A. Kita di Malaysia sepatutnya tidak berlaku huru-hara seperti di Iraq.
B. Huru-hara sering berlaku di Malaysia dan di Iraq yang menyebabkan rakyatnya bersyukur.
C. Rakyat Malaysia sepatutnya mangambil iktibar daripada huru-hara yang berlaku di Iraq.
D. Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya bersyukur kerana negara ini tidak dilanda huru-hara seperti yang berlaku di iraq.


36. Keberanian dan kecekalan merupakan aset penting bagi setiap pemain bola sepak negara.
A. Setiap pemain perlu kecekalan dan keberanian.
B. Kecekalan dan keberanian bagi pemain negara adalah aset penting.
C. Pemain bola sepak negara perlu aset yang bernilai seperti keberanian dan kecekalan.
D. Harta yang bernilai bagi pemain bola sepak ialah keberanian dan kecekalan.

37. Kebanyakan stesen televisyen tempatan menghidangkan pelbagai rancangan menarik.
A. Stesen televisyen tempatan banyak menyiarkan rancangan.
B. Pelbagai rancangan disiarkan melalui stesen tempatan.
C. Stesen televisyen tempatan menyiarkan banyak rancangan menarik.
D. Rancangan menarik yang pelbagai bentuk disiarkan kebanyakannya melalui stesen televisyen tempatan.

38. Remaja di negara kita sememangnya alpa dan leka oleh dunia khayalan.
A. Negara kita sering terlibat dengan dunia khayalan remaja.
B. Remaja di negara kita sering lupa dan leka akan dunia khayalan.
C. Dunia khayalan telah menyebabkan remaja di negara kita lupa dan leka.
D. Kealpaan dan kelekaan oleh dunia khayalan telah mempengaruhi remaja di negara kita.

39. Kejadian gerhana sering dikaitkan dengan pelbagai cerita mitos yang sengaja direka.
A. Pelbagai cerita mitos yang direka selalu dikaitkan dengan kejadian gerhana.
B. Gerhana yang berlaku selalu dikaitkan dengan kejadian mitos.
C. Mitos yang direka selalu dikaitkan dengan gerhana.
D. Gerhana dan mitos mempunyai kaitan yang rapat.

40. Menurut kajian psikologi, warna hijau mampu merehatkan minda manusia yang melihatnya.
A. Warna hijau boleh menyebabkan minda manusia berehat apabila melihatnya, berdasarkan kajian psikologi.
B. Warna hijau boleh menyebabkan minda manusia sihat menurut psikologi.
C. Menurut psikologi, warna hijau baik untuk minda manusia.
D. Minda manusia dapat berehat apabila melihat warna hijau.

41. Kita boleh menjaga kebersihan alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata.
A. Kebersihan alam sekitar dapat dijaga apabila sampah tidak dibuang merata-rata.
B. Sampah jangan dibuang supaya alam sekitar bersih dan tidak nampak kotor.
C. Pembuangan sampah merata-rata menyebabkan alam sekitar kotor.
D. Alam sekitar akan bersih jika sampah tidak dibuang.

42. Gunung Ledang merupakan salah satu gunung yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi.
A. Keindahan alam semula jadi di Gunung Ledang menarik pelancong berkunjung ke situ.
B. Gunung Ledang sangat terkenal dengan alam semula jadinya.
C. Kenyamanan cuaca Gunung Ledang menyebabkan gunung itu terkenal.
D. Cuaca nyaman alam semula jadi Gunung Ledang menyebabkan gunung itu terkenal.

43. Para pelajar disarankan supaya mengikuti segala program sekolah untuk membantu mereka menjawab soalan peperiksaan.
A. Segala program sekolah disediakan untuk pelajar bagi membantu mereka menjawab soalan peperiksaan.
B. Bagi menjawab soalan peperiksaan, para pelajar diseru agar mengikuti segala program di sekolah.
C. Para pelajar diminta bersiap sedia untuk mengikuti segala program sekolah.
D. Program sekolah disediakan dan pelajar wajib mengikutinya.

44. Kerajaan perlu berusaha untuk meningkatkan kemudahan asas di kawasan luar bandar.
A. Usaha harus ditingkatkan oleh kerajaan untuk menyediakan kemudahan asas di luar bandar.
B. Kelengkapan prasarana di kawasan pedalaman wajar diperhebat oleh kerajaan.
C. Penyediaan kemudahan asas di luar bandar hendaklah diusahakan oleh kerajaan.
D. Peningkatan kemudahan asas akan diusahakan oleh kerajaan di kawasan desa.

45. Ketiadaan minat membaca dalam kalangan pelajar disebabkan oleh kekurangan bahan bacaan di perpustakaan.
A. Minat membaca dalam kalangan pelajar merosot kerana bahan bacaan di perpustakaan semakin berkurangan.
B. Jumlah buku yang sedikit di perpustakaan merupakan salah satu faktor pelajar-pelajar tidak minat membaca.
C. Kekurangan bahan bacaan di perpustakaan disebabkan oleh kurangnya minat membaca dalam kalangan pelajar.
D. Perpustakaan yang tidak dilengkapi bahan bacaan menyebabkan para pelajar tidak berminat untuk membaca.

46. “Saya akan pergi ke rumahnya bersama-sama dengan awak,” kata Zainal kepada saya.
A. Zainal memberitahu saya bahawa dia akan pergi ke rumahnya bersama-sama dengan awak.
B. Zainal berkata kepada saya bahawa dia akan pergi ke rumah saya bersama-sama dengan awak.
C. Zainal berkata bahawa dia akan pergi ke rumahnya bersama-sama dengan saya.
D. Zainal berkata kepada mereka bahawa dia akan pergi ke rumah saya bersama-sama dengan mereka.

47. Banyak pokok sudah ditebang agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
A. Banyak kejadian yang tidak diingini berlaku berpunca daripada pokok-pokok yang tidak ditebang.
B. Kejadian yang tidak diingini pasti tidak berlaku apabila banyak pokok sudah ditebang.
C. Kejadian yang tidak diduga telah mendorong pihak tertentu menebang banyak pokok.
D. Bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini, banyak pokok sudah ditebang.

48. Pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk mengatasi kegawatan moral di kalangan muda-mudi.
A. Gejala tidak sihat yang menular di kalangan belia pada masa sekarang tidak harus dibiarkan.
B. Banyak usaha telah dilakukan untuk membendung masalah keruntuhan moral di kalangan belia.
C. Kejayaan mengatasi masalah sosial di kalangan belia perlu dikekalkan.
D. Berbagai-bagai tindakan mesti dilakukan untuk menangani masalah moral di kalangan belia.

49. Banyak orang suka merokok walaupun mereka tahu akan bahayanya kepada kesihatan.
A. Kesihatan para perokok dalam bahaya tetapi itulah yang menjadi kesukaan mereka.
B. Kesedaran orang ramai tentang penjagaan kesihatan menyebabkan mereka berhenti merokok.
C. Walaupun kesihatan mereka telah terjejas namun orang ramai masih merokok.
D. Merokok membahayakan kesihatan tetapi tabiat tersebut sukar dibuang oleh para perokok.

50. Perkara-perkara lain yang turut berkaitan dengan masalah pelajar turut dibincangkan dalam mesyuarat itu..
A. Mesyuarat yang berkaitan masalah pelajar itu turut membincangkan perkara-perkara yang lain.
B. Mesyuarat itu turut membincangkan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan masalah pelajar.
C. Masalah yang berkaitan dengan pelajar saja yang dibincangkan dalam mesyuarat itu.
D. Perbincangan mesyuarat itu yang berkaitan dengan masalah pelajar akan dimasukkan dalam perkara-perkara lain.

PROSA TRADISIONAL

Praktis 1
PROSA TRADISIONAL

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Tanah sawah seekar pusaka ibunya hanya cukup untuk berbelanja beberapa bulan dalam setahun. Bulan-bulan selebihnya terpaksalah ibunya sendiri berusaha mengambil upah menanam dan memotong padi. Kini ibunya sakit pula.
Penanggungan penderitaan itu amat dirasainya sebagai seorang abang yang baru berusia sepuluh tahun, belajar dalam darjah lima, di sekolah kebangsaan di kampungnya. Dan kerana itu dia tidak akan meminta apa-apa daripada ibunya untuk memberikan hadiah kepada gurunya sempena Hari Guru pada tahun itu.
Ketika dia berjalan ke rumah Pak Mustaffa petang itu, tergambar difikirannya rakan-rakannya menyerahkan bungkusan hadiah masing-masing kepada Cikgu Fatimah. Ketika itu dia hanya merenungi bungkusan-bungkusan yang cantik, dibungkus dengan kertas berbunga, tentu mahal pula harganya; dengan hati yang penuh terharu.
“Oh! Apakah yang dapat aku hadiahkan pada Cikgu Fatimah? Dia sangat baik padaku. Dia banyak menolongku. Aku mesti hadiahkan sesuatu padanya.” Demikian azam Ramli sambil melangkah satu-satu menuju ke rumah Pak Mustaffa.
Dia pulang ke rumahnya petang itu dengan perasaan tenteram. Pak Mustaffa senang sekali memberikan beras yang dipohon oleh ibunya. Betapa penduduk di situ amat bersimpati terhadap hidup mereka.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen“Hadiah Hari Guru”, karya Rejab F.1 antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1, DBP)

1. Ramli ingin menghadiahkan sesuatu kepada Cikgu Fatimah sempena Hari Guru kerana
A. Cikgu Fatimah sangat baik.
B. Untuk menggembirakan Cikgu Fatimah.
C. Pak Mustaffa menyuruhnya berbuat demikian.
D. Rakan-rakannya akan memberi hadiah kepada Cikgu Fatimah.

2. Gambaran Ramli tentang hadiah yang bakal diberi oleh rakan-rakannya kepada Cikgu Fatimah dijelaskan menerusi teknik
A. dialog.
B. monolog.
C. imbas muka.
D. imbas kembali.

3. Persoalan penting yang terdapat dalam petikan ialah
A. kepentingan ilmu.
B. penindasan ke atas orang miskin.
C. kemiskinan hidup masyarakat kampung.
D. semangat kerjasama,masyarakat kampung.

4. Berapakah umur Ramli?
A. 9 tahun.
B. 10 tahun.
C. 11 tahun.
D. 12 tahun.

5. Rumah Pak Mustaffa berdekatan dengan sebuah________
A. bukit.
B. rumah jiran.
C. Masjid.
D. Balai raya.


Praktis 2
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

Kumpulan Salha berjalan lambat-lambat di tepi pantai, Salha sendiri di gigi air. Mereka berkaki ayam. Rahim menyepak-nyepak pasir, sekali-sekala mencapai ketul-ketul kayu lalu melemparkannya ke air.
“Kalau air surut, boleh cari ketam,” kata Salha.
Rasyid tidak banyak bercakap. Dia mendengar saja perbualan Rahim dengan Salha. Tiba-tiba dia tergolek di atas pasir. Tangannya memegang jari kaki, kesakitan.
“Kenapa, Rasyid, kenapa?” Tanya Salha, cemas.
“Tengok, itu!” jawab Rasyid sambil memuncungkan bibirnya kea rah satu benda hitam yang tersembul dari dalam pasir.
“ Apa benda ni?” Tanya Salha, hairan.
“Nampaknya macam besi buruk,” kata Rahim. Dia mengorek pasir di sekeliling besi buruk itu. Tiba-tiba dia terperanjat. “Eh, ini macam ekor bom!” kata Rahim lagi kemudiannya.
“Bom?” Tanya Salha, cemas.
Rasyid terbangun. Sakit kakinya hilang dengan tiba-tiba. “ Dari mana datangnya bom ini?” Tanya Rasyid pula. Dia cuba mengorek lagi pasir di keliling benda yang dikatakan bom itu. “Kalau dapat elok dibawa balik ke sekolah,” katanya lagi.
“Eh, Rasyid, bom tak boleh dibuat main-main!” tegah Salha.
“Kita mesti beritahu Cikgu Zaidah.”
Sebentar kemudian Cikgu Zaidah datang. Pelajar-pelajar lain juga ikut meramaikan. Mereka ingin tahu. Akan tetapi Cikgu Zaidah mengawasi mereka supaya jangan terlalu dekat. Dia segera menyuruh Rahim melaporkan jumpaan itu ke balai polis yang terdekat di tepi sungai tidak jauh dari situ.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen “Gema Menggegar Kota,” karya Timah Baba, antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1, DBP)

6. Frasa gigi air merupakan gaya bahasa
A. simile C. metafora
B. inverse D. personifikasi

7. Rasyid terpijak ekor bom ketika dia sedang
A. membuat penyelidikan.
B. berjalan-jalan di celah batu.
C. bersiar-siar di tepi pantai.
D. mengorek pasir di pantai.

8. Siapakah Salha dalam petikan di atas?
A. Guru Penasihat Persatuan Sejarah
B. Ahli Persatuan Sejarah
C. Ketua Persatuan Sejarah
D. Setiausaha Persatuan Sejarah

9. Sikap penting bagi Cikgu Zaidah dalam petikan ini ialah
A. berani. C. pemarah.
B. prihatin. D. mementingkan diri.

10. Mengapakah Salha berasa cemas berdasarkan petikan ini?
A. Rasyid kesakitan.
B. Rasyid menemui bom
C. Rasyid dimarahi oleh Cikgu Zaidah
D. Rasyid ingin membawa pulang bom yang ditemui


Praktis 3
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

LAMBAK: Begini, Abang Sulung. Abang dah lama berniat nak ke Makkah, naik haji,
bukan?
SULUNG: Err…., ya. Kenapa?
LAMBAK: Bila agaknya abang nak pergi?
SULUNG: Entahlah, Lambak. Duit aku tak pernah cukup. Tengoklah dalam tiga empat
tahun lagi.
LAMBAK: Eh, kenapa sampai tiga empat tahun? Tahun ini kan boleh?
SULUNG : Aku dah kata tadi, aku tak ada duit….
LAMBAK: Aah, duit bukannya perkara susah. Cakap saja berapa Abang Sulung
perlukan. Bila-bila masa saya boleh tolong.
SULUNG: Apa? Kau boleh tolong? Err…, macam mana?
LAMBAK: Mudah saja, Abang Sulung.
SULUNG : Yalah, Macam mana caranya?
LAMBAK: Jualkan saja tanah pusaka yang Abang Sulung terima tu.
SULUNG : Jual tanah?
LAMBAK: Ya. Jualkan saja kepada saya. Apa yang Abang Sulung nak buat dengan
tanah jauh ke hulu tu? Tak ada orang lain sanggup beli.
SULUNG: Eeh…, aku sayang tanah tu…
LAMBAK: Sayang macam mana sekalipun, takkan abang nak bawa ke mati.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada drama “Penunggu Pusaka,” karya
Zakaria Ariffin, antologi Seuntai Kata untuk Dirasa, Tingkatan 2,DBP)


11. Bagaimanakah caranya Sulung boleh pergi ke Makkah mengikut pendapat Lambak?
A. Menjual tanah pusakanya di hulu.
B. Menjual tanah pusaka kepada orang tengah.
C. Menjual tanah kepunyaannya di hilir kampung.
D. Mengumpul wang hasil daripada tanah pusaka.

12. Perwatakan yang agak ketara bagi watak Lambak dalam petikan ini ialah
A. sombong.
B. Pandai memujuk.
C. Cepat terpengaruh.
D. Mudah bertolak ansur.

13. Frasa tak dalam petikan ini mengemukakan gaya bahasa
A. Personifikasi C. Simile
B. Sinkof D. Inversi


14. Satu nilai yang terdapat dalam petikan ini ialah
A. kerjasama C. tanggungjawab
B. kesyukuran D. cinta akan hak

15. Tema drama ini ialah
A. perebutan harta pusaka.
B. kerjasama yang membawa padah.
C. kepercayaan kepada tahyul dan bomoh.
D. masalah kewangan dalam sebuah keluarga.

Praktis 4
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

ORANG TUA: Belum lagi. Aku ingin tahu namamu, orang muda.
YATIM: Saya Yatim.
ORANG TUA: Kau tak ada orang tua, Yatim?
YATIM: Ya, benar kata bapak itu.
ORANG TUA: Kenapa? Apa yang terjadi?
YATIM: Oh, itu kalau nak cerita, panjang kisahnya pak.
ORANG TUA: Jadi benar juga sangkaanku.
YATIM: Ya, begitulah pak (Suara terharu.) Mudah-mudahan Allah akan sentiasa
merahmati ke atas roh kedua orang tua saya…
ORANG TUA: Kau anak yang baik, Yatim…. (Mengeluh dan memandang jauh.)
YATIM: Bapak ni kenapa pulak?
ORANG TUA: Ya, aku juga baru kematian isteri. Orang yang paling aku sayang selama
ini. Dia meninggal baru tiga hari. Apa kau lihat tanah kubur itu, ia
masih baru lagi! Oh, ya tentu kau tak nampak bukan?
YATIM: Saya tau.
ORANG TUA: Kau tau?
YATIM: Saya ada dengar berita itu… Rupanya yang meninggal itu isteri bapak, ya?
Bersabarlah. Mudah-mudahan roh almarhumah itu ditempatkan di sisi syuhada
dan solihin. Bapak hendaklah banyak –banyak berdoa.
ORANG TUA: Berdoa? Bagaimana berdoa? Aku tidak….
YATIM: Astaghfirullah al azim…
ORANG TUA: Aku sungguh gelisah. Bagaimana cara berdoa? Aku tidak tahu apa yang
harus aku lakukan sekarang. Dan aku juga…ah!
YATIM: Berdoa selepas sembahyang sudah cukup. Membaca al-Quran?
ORANG TUA: Sembahyang? Baca al-Quran? Sebenarnya sudah lama… aku pun dah tak
tahu …
YATIM: Ya Allah! Sampai begitu sekali?

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada drama “Asar Belum Berakhir”, karya A. Rahim Abdullah, antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3, DBP)



16. Apakah berita yang didengar oleh Yatim mengenai orang tua seperti yang dinyatakan dalam petikan?
A. Orang tua baru sahaja kematian ayahnya.
B. Orang tua baru sahaja kematian isterinya.
C. Orang tua baru sahaja kematian ibunya.
D. Kubur isteri orang tua masih baru.

17. Mengapakah Yatim berkata ya Allah! Sampai begitu sekali? Kepada orang tua?
A. Yatim hairan dan mengagumi kebesaran Allah.
B. Yatim terkejut kerana orang tua jahil dalam agama.
C. Yatim terkejut kerana orang tua itu enggan sembahyang.
D. Yatim terkejut kerana orang tua itu enggan membaca al-Quran.

18. Sikap yang paling ketara bagi watak Yatim dalam petikan ini ialah
A. sombong. C. panas baran.
B. baik hati. D. suka menyindir.

19. Frasa Astaghfirullah al azim dalam petikan merupakan gaya bahasa
A. kata pinjaman (Arab) C. simbolik
B. personifikasi D. simile

20. Antara berikut, manakah pengajaran yang tidak terdapat dalam drama ini?
A. Janganlah mengabaikan tanggungjawab terhadap agama.
B. Kita janganlah menghina golongan yang lemah.
C. Harta yang menjamin kesejahteraan hidup.
D. Kita mestilah insaf akan kesilapan lalu.


Praktis 5
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Demikianlah, dalam usia tujuh tahun aku mengalami satu demi satu kehilangan. Sungguhpun aku berasa sedih atas kehilangan itu,tetapi aku tidak menangis. Aku tabahkan hati menghadapi keadaan itu.
“Belajar rajin-rajin, Mat. Kalau kau lulus tinggi, boleh dapat kerja yang baik. Jangan jadi macam atuk atau arwah ayah kau, jadi pemanjat kelapa saja,” kata datuk. Sudah berpuluh-puluh kali datuk memantakkan nasihat itu ke dalam kotak ingatanku.
Aku tidak tahu bagaimana datukku yang tidak bersekolah itu mendapat kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan dalam dunia yang semakin maju ini. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya nasihat itu menyalakan semangatku.
Di sekolah, lebih ramai pelajar yang tidak suka berkawan denganku. Bukan kerana aku jahat, tetapi kerana aku miskin- ke sekolah dengan baju dan seluar yang bertampal-tampal. Ada tiga empat orang pelajar yang begitu kurang ajar mengejek-ejek aku, macamlah aku ini anak monyet yang baru ditangkap dari hutan rimba.
“Biarkan. Kau diam saja. Penat mulut, berhentilah mereka mengejek.” Begitu datukku memberi petua apabila aku mengadukan hal itu kepadanya.
Semasa di dalam Darjah Tiga aku mempunyai seorang guru, Cikgu Ramlah namanya, yang cukup pandai bercerita. Suara dan gayanya cukup memukau para pelajar, terutamanya aku. Pada suatu hari dia berangan-angan ketika sedang memanjat. Dia mahu menjual kelapa yang menjadi upahnya itu untuk membeli anak ayam. Apabila ayamnya membesar, dijual dan dia membeli anak kambing pula. Apabila kambingnya besar, dijual dan dia membeli lembu. Apabila semua lembunya sudah besar, dijual dan dia pun berkahwin dengan puteri raja….”


(Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen “ Hikayat Mat Jenin” karya Mohd
Ismail Sarbini, antologi Anak Bumi tercinta, tingkatan 3, DBP)





21. Berikut merupakan nasib malang yang dialami oleh Mat Jenin seperti yang
dinyatakan dalam petikan ini kecuali
A. kematian demi kematian yang menimpa ahli keluarganya.
B. kemiskinannya sehingga disisih oleh rakan-rakannya.
C. ayah dan datuknya bekas pemanjat kelapa.
D. ada rakan-rakan yang mengejeknya.

22. Perwatakan-perwatakan bagi watak datuk dalam petikan ini adalah seperti berikut
kecuali
A. panas baran. C. baik hati.
B. Pentingkan ilmu D. prihatin.

23. Apakah kesan nasihat datuk kepada Mat Jenin seperti yang dinyatakan dalam petikan ini?
A. Mat Jenin tidak suka kerana datuknya hanya pemanjat kelapa.
B. Mat Jenin tidak mempedulikan nasihat datuknya itu.
C. Mat Jenin menjadi bersemangat.
D. Mat Jenin memarahi datuknya.

24. Berikut merupakan latar-latar tempat yang terdapat dalam cerpen ini kecuali
A. Pasar Sehari Pekan Kelapa Condong.
B. Sekolah Kampung Kelapa Condong.
C. Restoran Membuka Selera.
D. Kampung Kelapa Condong.

25. Frasa macam menampilkan gaya bahasa
A. personifikasi. C. metafora.
B. simile. D. sinkof.


Praktis 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Setelah sudah bertitah itu, maka tuan Puteri pun terlalu amat saratnya gering hendak bersalin itu, maka Tuan Puteri pun lalu pengsan tiada khabarkan dirinya, lalu berputera seorang laki-laki membawa sebilah parang putting di tangannya:
Tiga bilah langtai terpatah,
Tiga gelegar yang patah,
Sampai ke tanah masuk ke dalam bumi tujuh hasta. Maka bidan yang tujuh pun menjerit serta menangis yang teramat sangat, sekalian tabib, bomoh, dukun pun tiada jampian lagi, huru-haralah bunyinya di dalam istana baginda, laksana katak diharung ular oleh pekik jerit raung sawan inang pengasuh dan dayang-dayang Tuan Puteri tiada terhingga lagi. Maka Tuan Puteri Nor Lela pun mangkatlah.
Hatta, setelah dilihat baginda isterinya sudah mangkat itu, maka baginda pun rebah pengsan pula, tiadalah khabarkan dirinya. Maka disambut oleh orangorang besar hulu baginda serta dipercikkan air mawar ke muka baginda, baharulah baginda sedarkan dirinya seraya menangis pula. Maka Tuan Puteri Lindungan Bulan pun, setelah melihat bondanya mangkat itu, maka ia pun rebah pengsan dari atas dukung pengasuhnya. Maka inag pengasuhnya pun mencucurkan air mawar, maka Tuan Puteri pun sedarlah hendak mendapatkan bondanya, dilarikan oleh inang pengasuhnya, dipujuk dengan perkataan lemah lembut. Maka diamlah Tuan Puteri sehingga bercucuran juga air matanya, terkenangkan nasibnya tiada berbonda itu,


(Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerita “Putera Besar Lahir ke
Dunia”,antologi Seuntai Kata untuk Dirasa, Tingkatan 2,DBP)

26. Keistimewaan putera yang dilahirkan oleh Tuan Puteri Nor Lela ialah
A. bidan ketujuh menangis.
B. tiga bilah lantai istana patah.
C. tiga batang gelegar istana patah.
D. Membawa bersamanya sebilah parang puting.

27. Mengapakah Tuan Puteri Lindungan Bulan pengsan?
A. Melihat bondanya mangkat.
B. Mendengar jeritan dukun, bomoh dan tabib.
C. Mendengar raungan inang pengasuh di istana.
D. Melihat bondanya berputera seorang lelaki yang membawa parang puting.

28. Frasa huru-haralah bunyinya di dalam istana baginda, laksana katak diharung ular memperlihatkan gaya bahasa
A. simile. C. metafora.
B. sinkof. D. personifikasi.

29. Persoalan yang ketara dalam petikan di atas ialah
A. raja yang bertanggungjawab terhadap rakyat.
B. budi baik dibalas dengan kebaikan.
C. kebesaran seorang pemerintah.
D. keistimewaan putera raja.

30. Perwatakan-perwatakan berikut terdapat pada watak Tuan Puteri Nor Lela dalam
cerita ini kecuali
A. tabah.
B. penyayang.
C. bersikap iri hati.
D. bertanggungjawab.


Praktis 7
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawan soalan-soalan yang berikutnya.


Tatkala itu Raja Bersiung pun berlari-lari ke sana ke mari menyuruh orang memasang bedil meriam kepada orang itu. Maka dilihatnya seoran orang berkhabar kepadag pun tiada mati dan luka sebelah lawannya itu. Maka menteri keempat itu pun, setelah lepas ia masuk ke dalam kota itu lalu mencari Raja Bersiung. Demi didengar oleh Raja Bersiung, maka larilah baginda mencari tempat hendak sembunyikan diri lalu dibuka suatu pintu paling kecil daripada sebelah matahari naik, lari menuju ke dalam hutan. Maka datanglah orang berkhabar kepada menteri mengatakan Raja Bersiung sudah lari membawa dirinya ke dalam hutan. Maka oleh menteri keempat, dua orang duduk mencari di dalam kota dan dua orang itu menurut keluar kota masuk ke hutan.Bergemuruhlah bunyinya seperti orang memburu rusa kijang rupanya. Maka Raja Bersiung, apabila diketahui orang menghambat dia itu, maka baginda pun larilah dengan sungguh-sungguh hati. Susup-lurup tiada berketahuan. Rebah-rempah bangun lari juga, habis segala senjata dengan pakaian itu jatuh berhamburan pada segenap jalan. Lari daripada hari siang sampai malam, sampai kepada esok harinya, itu pun dituruti orang juga.
Adapun menteri yang dua orang tinggal di dalam kota istana itu mencari Raja Bersiung jua, kalau-kalau ada menyembunyi diri; dicari sampai ke rumah dapur. Maka sekalian itu pun duduklah berkampung di balairung itu menanti menteri yang kedua itu. Telah keesokkan harinya maka menteri kedua itu pun sudah tiada bertemu dengan Raja Bersiung, maka balikkah ia kedua lalu terserahlah kota itu kepadanya. Maka segala rakyat bala pun masing-masing bermohonlah kembali pulang ke tempatnya mencari makan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerita “Raja Bersiung”, antologi
Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3,DBP)


31. Apakah tindakan akhir raja Bersiung setelah menteri keempat mahu menangkap baginda?
A. Cuba melawan menteri keempat.
B. Melarikan diri ke dalam hutuan.
C. Bersembunyi di dalam istana.
D. Menyerah diri.

32. Perkataan berkampung dalam petikan ini bermaksud
A. tinggal.
B. berkumpul.
C. bersembunyi.
D. membina kampung.

33. Sikap-sikap berikut terdapat pada watak menteri keempat kecuali
A. gigih C. terburu- buru
B. berani D. bertanggungjawab

34. Frasa bergemuruhlah bunyinya seperti orang memburu rusa kijang rupanya
dalam petikan ini mempunyai gaya bahasa
A. simile.
B. metafora.
C. personifikasi.
D. perlambangan.

35. Di manakah orang ramai berkumpul menanti menteri kedua?
A. Dewan.
B. Balairung.
C. Di dalam hutan.
D. Bilik kecil.


Praktis 8
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hatta, hari pun asarlah; maka datanglah sebuah kapal dari Judah. Serta ia berlabuh, maka makhdum dari kapal itu. Saiyid Abdul Aziz namanya, lalu ia sembahyang di pantai Melaka itu. Maka hairanlah segala orang Melaka melihat dia. Maka kata segala orang Melaka, “Mengapa ia ini tunggang-tonggek?”
Maka berebutlah orang melihat dia penuh sesak, tiada bersela lagi, dan haru-birulah bunyinya sampai ke dalam. Maka raja pun segera naik gajah lalu berangkat keluar, diiringi oleh segala orang besar-besar. Maka dilihat rajalah kelakuan mekhdum sembahyang itu nyatalah seperti yang di dalam mimpinya itu. Maka titah raja kepada Bendahara dan kepada segala orang besar-besar, “Nyatalah demikian seperti di dalam mimpiku itu.”
Setelah sudah makhdum sembahyang, maka raja pun menderumkan gajahnya. Maka makhdum pun dibawa baginda naik gajah, lalu di bawa masuk ke dalam. Maka Bendahara dan segala orang besar-besar pun semuanya masuk Islamlah, dengan besar kecil, tua muda, dan perempuan laki-laki semuanya disuruh baginda masuk Islam. Maka baginda pun berguru kepada makhdum akan tertib sembahyang. Maka raja pun dinamai oleh makhdum, Sultan Muhammad Syah. Adapun akan Bendahara bergelar Seri Amar Diraja. Dan Tun Pepatih Besar, anak Tun Pepatih Permuka Berjajar yang pertama jagi Bendahara; anak Seri Teri Buana yang bernama Raja Kecil Muda jadi penghulu bendahari, bergelar Seri Nara Diraja, maka ia beristerikan anak Bendahara beranak seorang perempuan bernama tun Rana Sandari. Maka Sultan Muhammad pun mengatur takhta kerajaan baginda.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerita “Susur Galur Asal Usul
Negeri Melaka,” antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1,DBP)

36. Apakah reaksi penduduk Melaka sebaik sahaja Saiyid Abdul Aziz tiba di Melaka?
A. Disambut dingin.
B. Saiyid Abdul Aziz dicela.
C. Mereka menyambutnya secara sederhana.
D. Penduduk Melaka hairan dan diberi smbutan hangat.

37. Pernyataan-pernyataan berikut terdapat dalam pertikan di atas kecuali
A. Selepas masuk Islam, makhdum menamakan sultan sebagai Sultan Mahmud Syah.
B. Makhdum dibawa ke istana dengan gajah.
C. Penduduk Melaka memeluk agama Islam.
D. Saiyid Abdul Aziz datang dari Judah.

38. Latar masa berlakunya peristiwa dalam petikan di atas ialah
A. pagi. C. malam
B. petang. D. tengah hari

39. Persoalan penting dalam petikan di atas ialah
A. daulat seorang raja.
B. jasa pembesar negeri.
C. pemerintah yang berjasa.
D. kedatangan Islam di Melaka.

40. Golongan masyarakat yang tidak terdapat dalam cerita ini ialah
A. rakyat jelata.
B. golongan agama
C. raja-raja di kayangan.
D. golongan pembesar istana.


Praktis 9
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada ketika itu Sang Ratu Daha bersemayam di dalam istana Paduka Liku, dan sedang dihadap oleh Paduka Liku dan Galuh Ajeng. Paduka Liku dan anaknya bersukacita teramat sangat. Menteri, penggawa,demang,temenggung pun menyampaikan salam takzim Ratu Kuripan sesrta mempersembahkan anak-anakan kedua itu kepada ke bawah duli Sang Ratu. Sang Ratu menerima itu dengan sukacita dan telah mengetahui bahawa bingkisan itu berisi anak-anakan. Pada masa itu bertitahlah Sang Ratu kepada Galuh Ajeng, “ Ya anakku Galuh Ajeng, pilihlah sebuah di antara kedua anak-anakan kiriman dari negeri Kuripan, tanda Raden Inu Kertapati ini.”
Paduka Liku pun bersuka hatilah. Galuh Ajeng pun lalu memilih anak-anakan yang lebih baik bungkusannya, iaitu yang dari sutera dewangga, itulah yang diambilnya. Yang bungkusan dari kain buruk dan sisa pilihan itu lalu diberikan oleh Galuh Ajeng pada Galuh Cendera Kirana. Dibawa oranglah ke istana Galuh Cendera Kirana.
Cendera Kirana setelah melihat kiriman sisa pilihan itu, lalulah ia menundukkan kepalanya dan tiada berkata suatu apa, melainkan bertitik air matanya kerana teringat akan untung dan nasib dirinya serta berfikir: “Sisa pilihan baharu dibawa ke mari dan bungkusan dari kain yang amat buruk serta ikatannya pun dari talil kain hitam.”
Mahadewi pun belas kasihan dan memandang hal anakanda Cendera Kirana itu, lalu berkata, “Ambillah tuan barang yang tiada dengan sepertinya ini. Janganlah anakku.”
Mahadewi pun membujuk Galuh Cendera Kirana itu dengan perkataan yang amat merdu lagi lemah lembut.


(Dipetik Dan diubahsuaikan daripada cerita “Patung Kencana dari
Kuripan”, antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3,DBP)

41. Siapakah yang menghantar anak-anakan di dalam petikan ini?
A. Pemerintah dari negeri Daha.
B. Raden Inu Kertapati.
C. Mahadewi.
D. Penggawa.

42. Mengapakah Galuh Cendera Kirana sedih apabila menerima kiriman hadiah?
A. Hadiah yang diterimanya tidak elok.
B. Hadiah yang diterimanya sangat murah.
C. Dia menerima sisa setelah hadiah pertama dipilih.
D. Hadiah yang diterima oleh Galuh Ajeng lebih mahal.

43. Perwatakan penting bagi watak Mahadewi dalam petikan di atas ialah
A. penyayang. C. mementingkan diri.
B. Seorang yang cuai. D. seorang yang sombong.

44. Latar tempat berlakunya petikan di atas ialah
A. negeri Singasari.
B. negeri Gagelang.
C. negeri Kuripan.
D. negeri Daha.

45. Satu pengajaran yang boleh dipetik daripada cerita ini ialah
A. kita mestilah berlaku adil.
B. pemerintah yang disegani oleh rakyat.
C. keadilan akan menentukan keamanan.
D. semangat kerjasama dalam kalangan pembesar.


Praktis 10
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

UJANG: (Sambil memasang jerat) Kalau kau nak belajar memasang jerat ni, belajar pada
aku saja, Lamin!
LAMIN: Kau belajar dari siapa, Ujang?
UJANG: Ayahku seorang pemburu. Jadi aku belajar daripada dia. Aku pernah ikut dia
memikat burung dan menjerat binatang. Tak kira binatang apa pun!.
LAMIN: Ayah kau memang pandai tak semacam ayahku. Ayahku dah tak mau lagi
menjerat. Katanya kesian pada binatang.
UJANG: Aku pun kesian juga.Tapi … yang kita nak jerat ni pelanduk! Kita tidak boleh
kesian kerana itu makanan kita!
LAMIN: Kalau bukan pelanduk yang kena, macam mana?
UJANG: Itu kira nasiblah!
LAMIN: Kalau pelanduk itu mati, macam mana pula?
UJANG: Melepaslah kita!
Ketika itu Kudin masuk semula
KUDIN: Apa yang melepas tu Ujang?
UJANG: Taklah, tak ada yang melepas.
KUDIN: Dah berapa banyak poerangkap yang kau pasang?
UJANG: Dah enam perangkap.
LAMIN: Sekarang kita nak buat apa lagi?
UJANG: Kita semua kena tunggu dulu di sini. Lepas tu baru kita pergi tengok perangkap
tadi!
KUDIN: Ujang, kau rasa berapa ekor yang akan masuk perangkap kita ni?
UJANG: Kalau ada rezeki tu, enam ekor semuanya! Itupun kena selalu tengok. Kalau
tidak, kita akan terus melepas.
KUDIN: Kalau pelanduk masuk perangkap kita nanti, kenduri besarlah kita hari ni!
UJANG: Lamin mana?
KUDIN: Lamin Lamin!
LAMIN: Apa hal? Aku ada di sini!
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada drama Jerat, Tingkatan 1, DBP)


46. Mengapakah Ujang belajar memasang jerat daripada ayanya?
A. Ayahnya memaksa.
B. Ayahnya seorang penjual jerat binatang.
C. Ayahnya mewariskan kepandaian kepada Ujang.
D. Ayahnya pandai kerana ayahnya seorang pemburu.

47. Perkataan melepas dalam petikan di atas boleh disamakan dengan
A. untung.
B. bernasib baik.
C. tiada peluang.
D. binatang terlepas daripada jerat.

48. Nilai yang aak ketara dalam petikan di sebelah ialah
A. syukur.
B. berani.
C. kerjasama.
D. kesederhanaan.
49. Perwatakan penting bagi Ujang dalam petikan di atas ialah
A. terburu-buru.
B. tegas dan berani.
C. gopoh dan tamak.
D. berhati-hati dan pandai.

50. Peristiwa penting yang berlaku di awal cerita drama ini ialah
A. Kudin ke rumah Lamin.
B. Lamin baru pulang dari sekolah.
C. Ujang baru pulang dari sekolah.
D. Ujang dan Kudin menunggu kedatangan Lamin.

PENGGOLONGAN KATA

PENGGOLONGAN KATA
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Posmen itu menghulurkan se__________ surat kepada Ali.
A cebis
B bidang
C pucuk
D lembar
2. Adib melontarkan beberapa _________ batu ke arah anjing yang sedang menyalak itu.
A buah
B ketul
C buku
D gugus

3. Ayah _____________ adik bermain di kawasan lombong itu.
A menyekat
B membantah
C melarang
D menahan

4. Makanan akan hancur apabila __________
A dikunyah
B diragut
C digerit
D digigit

5. Wajah Liza ___________ menahan malu apabila diusik oleh bakal ibu mertuanya.
A merah padam
B kuning langsat
C hitam manis
D biru laut

6. Jumlah korban keretapi yang tergelincir dari __________ itu semakin bertambah.
A laluan C garisan
B landasan D jalanan
7. Buku rujukan itu __________ dari perpustakaan sekolah.
A pinjaman
B meminjam
C dipinjam
D dipinjamkan

8. Walaupun berbangsa Cina, namun Lei Ling _________ berbahasa Melayu.
A mahir
B cekap
C fasih
D bijak

9. Raman __________ buku-buku itu ke dalam beg sekolahnya.
A memasukkan
B memasuki
C kemasukan
D termasuk

10. Pesawat itu dipandu oleh _______ yang terlatih.
A jurutera
B juruterbang
C jururawat
D juruhebah

11. Farid sekeluarga berpindah ke Johor Bahru _________ sebulan lalu.
A sejak
B pada
C dari
D daripada

12. Gulai ini ____________ kerana terlebih garam.
A pahit
B masin
C manis
D masam


13. Peristiwa sedih itu masih ________dalam ingatannya.
A mekar
B segar
C gebu
D harum

14. Kemalanagan jalan raya itu telah meragut nyawa _________ orang anaknya.
A keempat-empat
B keempat
C setengah
D setengah-setengah

15. Tawaran biasiswa tersebut dibuka kepada ___________ sahaja yang layak memohonnya.
A siapa-siapa
B apa-apa
C kalau-kalau
D mana-mana

16. Dia amat sayang ________ kucing peliharaannya.
A kepada
B pada
C terhadap
D akan

17. Sikap Cikgu Yati yang ________ itu menyebabkan kebanyakan pelajar takut kepadanya.
A penyayang
B cekap
C garang
D bengis

18. Muthu ________ perasaannya setelah tidak tahan menanggung penderitaan lagi.
A mengucapkan
B meluahkan
C membebaskan
D mengeluarkan

19. Hubungan ________ antara kedua-dua buah negara itu berjaya dipulihkan.
A beku
B sejuk
C panas
D dingin

20. Kertas-kertas di atas meja itu ________ apabila ditiup angin yang kuat.
A berlarian
B berhamburan
C bertempiaran
D berterbangan

21. Abu sudah berjanji dengan Siti untuk bertemu __________ waktu petang tetapi dia tidak datang.
A ketika
B pada
C di
D untuk

22. Emak memarahi adik kerana suka bergantung _________ orang lain walaupun sudah berumur 13 tahun.
A untuk
B atas
C pada
D daripada

23. Selepas _________ air Mak Bedah turun ke sungai untuk membasuh baju.
A merebus
B menjerang
C menanak
D mengukus


24. Anggota bomba yang dihantar bertugas ke Indonesia menjalankan tugas dengan penuh ___________.
A toleransi C dedikasi
B demokrasi D hipokrasi
25. Kita akan mendapat malu kalau kita menceritakan _________diri sendiri.
A keperihalan
B keburukan
C kehebatan
D kekacauan

26. Harga barang-barang keperluan ________ naik di negara kita terutama ketika musim perayaan
A menjadi
B meningkat
C bertambah
D memuncak

27. Batang pokok kelapa itu di_________ supaya mudah dipanjat.
A toreh
B takik
C potong
D lentur

28. Sebaik-baik sahaja menerima maklumat penting daripada orang ramai, pihak polis pun segera _________ ke tempat kejadian.
A pergi
B menuju
C bergegas
D bertolak

29. Buah durian itu jatuh _________ di hadapan saya.
A bertubi-tubi
B terumbang-ambing
C betul-betul
D terang-terang

30. Ravi mendapat tawaran untuk
__________ dalam filem terbaru pengarah terkenal itu.
A beraksi
B bermain
C berlakon
D berlagak

31. Rosnah menanam beberapa ________ serai di belakang rumahnya.
A batang
B pokok
C pucuk
D rumpun

32. Pelukis itu memperhatikan alam _______ mencari ilham untuk ciptaannya.
A tetapi
B lalu
C maka
D sambil

33. Karim meletakkan butang yang besar dan berwarna-warna _________ baju pengantin itu.
A di
B pada
C dengan
D kepada

34. ___________ yang dijual di pasar malam itu masih segar.
A sayur-mayur
B sayur-sayuran
C sayuran-sayuran
D sayur

35. Kereta Proton Saga yang terbabas itu _________ merempuh rumah Ah Chong.
A nyaris-nyaris
B dekat-dekat
C sikit-sikit
D agak-agak

36. Sangkar burung itu diperbuat ________ buluh.
A daripada
B dari
C pada
D oleh

37. Mak Limah merebus ubi kentang itu sehingga _________ untuk dibuat kuih.
A penyek
B lembut
C empuk
D lembik

38. Ketua jabatan itu menegur kakitangannya yang berambut __________.
A serba-serbih
B compang-camping
C comot-momot
D kusut-masai

39. ___________kah kemalangan itu boleh terjadi?
A siapa
B bila
C berapa
D bagaimana

40. Kamil dan Muthu tidak sombong ________ ayah mereka seorang yang terkenal di kawasan ini sejak dahulu lagi.
A lalu
B agar
C namun
D walaupun





























































41.








Jalan kampung yang __________ itu akan dinaiktarafkan oleh Jabatan Kerja Raya tidak lama lagi.
A kecil
B sempit
C buruk
D lama

42.








Para pekerja ladang itu sedang _________ pohon teh.
A mengerat
B mencencang
C memangkas
D menghiris













43.








Kaki Kamal __________ ke dalam lubang ketika dia berlari untuk mengejar anak kucing itu.
A terjelepok
B terperosok
C tersungkur
D terjunam

44.










Buaya itu terus __________ daging ayam yang dicampakkan oleh pekerja zoo.
A merampas
B merenggut
C menyambar
D mengambil











45.










Bas ekspress dari Kuantan itu telah _________ ke dalam gaung setelah terlanggar tiang elektrik.
A terjatuh
B terjunam
C terbabas
D terhempas

46.









Ketiga-tiga saudara kembar itu suka memakai pakaian yang ___________.
A seiras
B sepadan
C sedondon
D sejoli

47.








Emak _________ telinga adik kerana adik tidak mengendahkan larangan emak supaya tidak bermain hujan.
A memegang
B memintal
C menggetil
D memiat

48.









“Sammy, sila __________ perenggan keempat ,” kata Cikgu Laili.
A terbaca
B bacakan
C membaca
D dibacakan

49. Emak merendam agar-agar itu sehingga ____________ terlebih dahulu sebelum dimasak.
A lembut
B hancur
C basah
D kembang

50. Tangisan si anak kecil yang kematian ibu bapanya dalam kemalangan itu _________ menghibakan hati kami.
A nyaris-nyaris
B cukup-cukup
C benar-benar
D kadang-kadang



JAWAPAN

1 C 11 A 21 B 31 D 41 B
2 B 12 B 22 C 32 D 42 C
3 C 13 B 23 B 33 B 43 B
4 A 14 A 24 C 34 B 44 C
5 A 15 A 25 B 35 A 45 B
6 B 16 D 26 B 36 A 46 C
7 C 17 C 27 B 36 C 47 D
8 C 18 B 28 C 38 D 48 B
9 A 19 D 29 C 39 D 49 D
10 B 20 D 30 C 40 B 50 C

PERIBAHASA

Modul Garus Galus Peribahasa (Soalan no: 28- 30 ) Kertas 1.

Pilih penyataan yang paling sesuai bagi penyataanyang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini.

1.                       Bagai kacang lupakan kulit

Peribahasa di atas mempunyai maksud yang sama dengan perbahasa
A. Seperti api di dalam sekam
B. Seperti ulat lupa akan daun
C. Kecil api menjadi kawan besar menjadi lawan
D. Jerat tidak melupakan pelanduk tetapi pelanduk lupa akan jera

2. Perhubungan penduduk Kampung Sepakat tidak seindah namanya. Jika ada majlis
kenduri-kendara tidak ramai yang datang menghulur bantuan. Mereka bersikap
mementingkan diri sendiri.
Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan sikap penduduk kampung sepakat ialah

A. Kera sumbang
B. Seperti anai-anai makan kayu
C. Lain dulang lain kakinya lain orang lain hatinya
D. Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

3. Sekali tersengat selalu beringat
Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa di atas ialah
A. Sekali tertipu kali kedua sudah tahu
B. Membalas peerbuatan orang yang menzalimi kita
C. Jika terlanjur melakukan kesilapan eloklah diinsafi segera
D. Orang yang menderita kesusahan akan berhati-hati dalam setiap tindakannya.

4. Sekiranya kita bersahabat dengan sesorang janganlah kita mengkhianatinya. Jika tidak kita kan dikatakan

A. Bagai kacang lupakan kulit
B. Bagai pahat dengan penukul
C. Bagai gunting dalam lipatan
D. Seperti melepaskan anjing tersepit

5. Samad kecewa akan sikap anak-anaknya yang hanya akan membuat sesuatu apabila disuruh. Selain itu mereka akan memberi pelbagai alasan apabila disuruh . Sikap anak-anak Samad itu sesuai dengan peribahasa

A. seperti pahat dengan penukul
B. bagai melepaskan batuk di tangga
C. bagai menatang minyak yang penuh
D. kecil-kecil anak, sudah besar menjadi onak

6. Bagai kumbang putus tali

Maksud perbahasa di atas ialah

A. Sentiasa bernasib malang
B. cepat terlrpas dari pada sengsara
C. hidup dalam keadaan sengsara
D. melakukan pekerjaan yang menyebabkan sengsara

7. Pasangan kembar itu tidak pernah berpisah sejak kecil boleh dikatakan bagai

A. aur dengan tebing
B. pinang dibelah dua
C. pelandunduk dua serupa
D. beliung dengan asahan

8. malas mengerit perut perit

Maksud bagi peribahasa di atas ialah

A. jika berlaku sesuatu tentu ada sebabnya
B. apabila malas berusaha perut akan sakit
C. perut akan bermasalah sekiranya kelaparan
E. apabila malas berusaha kita akan memdapat kesusahan

9. Pelbagai bentuk hukuman yang dikenakan oleh penjajah oleh pejuang kemerdekaan.
Namun begitu, keadaan ini tidak melemahkan mereka. Bagi mereka, lebih baik mati daripada menjadi hamba di negara sendiri. Prinsip hidup mereka ini sesuai dengan peribahasa

A. seperti mentimun dengan durian
B. biar putih tulang jangan putih mata
C. seperti harimau menyembunyikan kuku
D. berakit-rakit ke hulu berenang-rengan ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang ke tepian.

10. ” kami menerima pinangan ini dengan tangan terbuka,” kata wakil daripada pihak perempuan.
Situasi di atas sesuai dengan peribahasa

A. ke tengah boleh ketepi pun boleh
B. kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
C. ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.
D. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa


11.
           Lemak manis jang terus ditelan

               pahit jangan terus dibuang


Maksud yang sesuai denganh peribahasa di atas ialah

A. tiap-tiap usaha ada untung dan ruginya
B. untung dan malang nasib seseorang tidaklah tetap
C. orang yang pernah merasa kesusahan akan lebih berhati-hati dalam tindakannya.
D. Semua nasihat hendaklah difikirkan baik buruknya sedangkan kecaman juga jangan ditolak mentah-mentah.


12.         Biarlah kita miskin atau tidak berharta
            asalkan kita tidak menyakitkan hati orang

Penyataan di atas merupakan maksud peribahasa
A. ikut adat memiat daging sakit di awak sakitlah di orang
B. biar buruk kain dipakai asalkan pandai mengambil hati
C. hidup kayu berbuah hidup manusia biar berjasa
D. rosak badan kerana mulut
13. Sejak pegawai Badan Pencegah Rasuah itu berulang-alik ke pejabatnya , halim umpama

A. duduk di atas duri
B. sudah jatuh ditimpa tangga
C. di luar bagai madu di dalam bagai hempedu
D. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna

14. Peribahasa di bawah terdapat ”nilai kerajinan” dalam maksudnya kecuali

A. ringan tulang berat perut
B. seperti anai-anai makan kayu
C. sediakan payung sebelum hujan
D. bagai lebah menghimpun madu

15. Laksana pokok yang tidak berbuah

Maksud peribahasa di atas ialah

A. orang yang berilmu tetapi tidak disebarkan kepada orang lain
B. sesuatu hasil yang tidak dapat dikongsi bersama
C. kehidupan yang tidak bermakna
D. pekerjaan yang tidak berhasil

16. Apabila pembesar dan pemerintah berganti, corak pemerintahan turut berubah.
Situasi ini sesuai dengan peribahasa

A. patah kemudi perahu hanyut
B. sekali air besar sekali tepian beranjak
C. lain dulang lain kaki lainh orang lain hati
D. laut mana yang tidak berombak, bumi mana tak ditimpa hujan

17. Peribahasa-peribahasa berikut berkaitan dengan nasihat kecuali

A. didengar ada diopakai tidak
B. seperti hujan jatuh ke pasir
C. seperti mengira bulu kambing
D. masuk telingan kanan keluar telingan kiri

18. Peribahasa ” bagai isi dengan kuku” mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa

A. seperti dakwat dengan kertas
B. seperti aur dengan tebing
C. seperti gergaji dua mata
D. seperti batu di pulau
19. Haji Dollah kedekut. Payah benar dia hendak mengeluarkan wangnya untuk dibelanja. Haji Dollah boleh dikatakan sebagai

A. hati batu
B. kepala batu
C. kepiting batu
D. kera sumbang

20. Jauhari juga yang mengenal manikam

Maksud peribahasa di atas ialah

A. Orang yang pakar sahaja yang dapat mengenal mutu sesuatu barang
B. Setiap orang tidak susah untuk mengenal baik atau buruknya
C. Setiap pasangan kekasih mengenali hati budi temannya
D. Seorang suami atau isteri tentu mengenali pasangannya.

21. Zuriati beroleh malu dalam majlis tersebut apabila tersilap menmyebut nama pegawai daerah.
Situasi yang dihadapi oleh Zuriati boleh dikatakan

A. seperti ayam disambar helang
B. seperti cicak makan kapur
C. seperti ayam berak kapur
D. seperti udang direbus.

22. Asmara yang berasal daripada keturunan Orang Asli telah dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup masyarakat Melayu semasa tinggal di rumah keluarga angkatnya di Shah Alam.
Sikap Asmara umpama

A. Ke bukit sama didaki kelurah sama dituruni
B. buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali
C. masuk kandang kambing mengembek masuk kandang kerbau menguak
D. hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.

23. Pak Kasim : Kamu perlu menyimpan sebahagian kecil pendapatan kamu itu
untuk persediaan jika ditimpa kesusahan.
Farid : Terima kasih atas nasihat Pak Kasim, saya akan sentiasa beringat-
ingat.

Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan dialog di atas ialah
A. Sediakan paying sebelum hujan
B. Ingat sebelum kena berjimat sebelim habis
C. Sehari selembar benang, lama-lam jadi kain
D. sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

24. Jurulatih poasukan itu hanya melebih-lebihkan cerita tentang pasukannya untuk melemahkan semangat pasukan lawan.
Hal ini boleh diibaratkan

A. membuang garam ke laut
B. tanah sekepal digunungkan
C. belum duduk sudah berlunjur
D. kalau tiada angin bertiup takkan pokok bergoyang

25. Walaupun telah bertahun-tahun lamanya Encik Badrul bekerja di luar negara, akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air kerana

A. sesat di hujung jalan , balik ke pangkal jalan
B. di mana bimi dipijak di situ langit dijunjung
C. sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.
D. Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.

26. Kerajaan telah membina sebuah dewan untuk kemudahan orang ramai di taman perumahan itu. Tiga bulan kemudian , pintu dewan itu telah dirosakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab di tempat itu. Keadaan ini diibaratkan

A. mencurah air ke daun keladi
B. lempar batu sembunyi tangan
C. kera mendapat bunga
D. tikus membaiki labu

27. Rakyat asing sanggup bersusah payah datang ke negara ini untuk mencari rezeki . Keadaan ini disebabkan terdapat banyak peluang pekerjaan di negara ini. Hal ini diibaratkan

A. di mana ada gula di situ ada semut
B. di mana ada kemahuan di situ ada jalan
C. rezeki jangan ditolak , musuh jangan dicari
D. hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

28. Pelakon Fauziah Ahmad Daun mewarisi bakat ibunya yang merupakan seorang primadona suatu masa dahulu, seniwati Saadiah.
Keadaan ini diibaratkan

A. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
B. Seperti menatang minyak yang penuh
C. Bagaimana acuan begitulah kuihnya
D. Lebih sudu dari kuah.

29. Wartawan : Kedatangan saya ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat
tentang rahsia kejayaan cemerlang saudara dalam peperiksaan
baru-baru ini.
Aiman : Baiklah. Sebenarnya sebelum ini saya selalu gagal dalam
beberapa ujian tetapi kegagalan itu tidaklah menjadi halangan
untuk saya mencuba . Yang penting ialah saya menjadikan
kegagalan itu sebagai dorongan untuk saya berusaha.
Dialog di atas sesuai dengan peribahasa
A. sudah terantuk baru tengadah
B. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
C. sehari selembar benang lama-lama menjadi kain
D. baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak.

30. Zanariah sangat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai yang sudah lama diidam-idamkan. Keadaan ini seperti
A. kera mendapat bunga
B. pungguk rindukan bulan
C. kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
D. orang mengantuk disorongkan bantal

31. Tuan Ibrahim sesekali tidak menyangka pengurus syarikatnya yang menjadi orang kanannya telah mengelapkan sejumlah besar wang syarikat.
Hal ini diibaratkan
A. Harapkan pagar, pagar makan padi
B. Seperti kacang lupakan kulit
C. Lain diacah , lain yang jadi
D. Lebih sudu dari kuah

32. Peribahasa berikut berkaitan dengan sesorang yang berada dalam keadaan yang amat bahaya kecuali

A. seperti telur di hujung tanduk
B. nyawa bergantung di hujung rambut
C. sudah jatuh ditimpa tangga
D. seperti nyawa di hujung pedang.

33. Peribahasa “ Bagai kaduk naik junjung” membawa maksud
A. orang yang merungut-rungut apabila disuruh melakukan sesuatu pekerjaan
B. orang yang telah kehilangan banyak harta setelah kalah judi atau sebagainya.
C. Orang yang tidak dapat menerima kekalahan dalam sesuatu pertandingan
D. Orang yang miskin tetapi mengada-ngada setelah mendapat kedudukan atau pangkat

34.
                            Pada peringkat awal , Encik Zamani bersa kekok menjadi jururawat lelaki , tetapi lama-kelamaan pekerjaan tersebujt sudah sebati denmgan jiwanya.


Situasi di atas boleh diumpamakan seperti peribahasa
A. tepuk dada tanya selera
B. alah bisa tegal biasa
C. rambut sama hitam hati lain-lain.
D. Sekali air bah sekali pantai berubah

35. Meludah ke langit menimpa muka sendiri
Maksud peribahasa di atas ialah
A. orang yang memikirkan perihal diri sendiri sahaja
B. orang yang melakukan kesalahan akan menerima balasannya
C. orang yang memburukkan keluarga sendiri, diri sendiri turut juga mendapat malu
D. orang yang suka mencari kesalahan orang lain.


36. Majikan Rosnah memintanya belajar menggunakan perisian komputer dengan Suhana, walhal dia memiliki sijil kemahiran komputer sejak dia menamatkan persekolahannya.
Keadaan ini umpama
A. Belakang parang diasah lagikan tajam
B. Mencurah air ke daun keladi
C. Mengukur baju di badan sendiri
D. Mengajar itik berenang.

37.
                        Darwis meminta pertolongan , tetapi tiada sesiapa yang mempedulikannya.


Maksud penyataan di atas merujuk peribahasa-peribahasa berikut kecuali
A. bagai berserui di padang pasir
B. seperti melukut di tepi gantang
C. seperti meminta susu daripada ayam
D. bagai kaca pecah ke batu


38.Kehidupan lelaki tua itu ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang . Dia sentiasa bekerja kuat untuk mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya yang berjumlah lapan orang. Kadang-kadang , isterinya mengambil upah membasuh pakaian jiran tetangga untuk menambahkan pendapatan keluarga.

Situasi di atas jelas menggambarkan peribahasa
A. memagar kelapa condong, buahnya jatuh di laman orang
B. melentur dahan dek meluyut buahnya
C. melilit dahulu kemudian memanjat
D. melekatkan kersik ke buluh

39. Kata-kata yang diungkapkan oleh lelaki begitu pedih bagai
A. kulit udang terbakar
B. hempedu lekat di hati
C. dihiris dengan sembilu
D. panas mengandung hujan

40. Biar mati di mata pedang jangan mati kena tendang

Maksud peribahasa di atas ialah
A. mati biarlah dalam kemuliaan
B. biarlah mati kerana berkelahi daripada mati berpeluk tubuh
C. biar mati mempertahankan kehormatan daripada mati dalam kehinaan.
D. Setiap orang akan merasai kematian tetapi biarlah dalam suasana yang mulia.
41. Mak Leha selalu menasihatkan anaknya agar jangan terlalu boros. Boleh berbelanja tetapi biarlah mengikut kemampuan. Anak Mak Leha sepatutnya
A. ukur baju di badan sendiri
B. zaman beralih musim bertukar
C. hendak seribu daya tak mahu seribu dalih
D. bagai rotan asal berinsang dicucuk belaka.
42. Sebagai perantau , Azuan merasakan kehidupan masyarakat di tempat barunya begitu berbeza dengan tempat lahirnya. Oleh itu dia mengamalkan sikap

A. Ukur baju di badan sendiri
B. Elok lenggang di tempat datar
C. Hidup kayu berbuah
D. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

43. Sarang tebuan jangan dijolok
Maksud peribahasa di atas
A. Keberanian yang tidak berempat
B. Jangan sengaja mencari kesusahan
C. Perbuatan yang tidak menguntungkan
D. Membuat sesuatu yang tidak berfaedah

44. Jasa Haji Borhan terhadappenduduk kampung terus diingati oleh segenap lapisan masyarakat walaupun sudah sebelas tahun beliau meninggal dunia. Jasa yang ditunjukkan boleh dikaitkan dengan peribahasa
A. yang baik dipakai, yang buruk dibuang
B. kalau asal benih yang baik jatuh di laut menjadi pulau.
C. Jika ular menyusur akar sekalipun tak akan hilang bisanya.
D. Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang , manusia mati meninggalkan nama.

45. Lelaki yang tidak mempedulikan jirannya yang suisah walaupun dia mempunyai wang untuk diberikan. Sifat lelaki itu dikatakan
A. bagai duri dalam daging
B. seperti melepaskan anjing tersepit
C. seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
D. umpama durian dengan mentimun, menggolek luka, kena golek pun luka.
46. Pemuda itu berlagak seperti orang kaya, sepatutnya kita perlu
A. seperti sampah hanyut
B. seperti rumput di tepi jalan
C. ukur baju di badan sendiri
D. seperti pipit menelan jagung



47. Jamilah : Bukankah awak yang membuat kerja-kerja menghias kelas kita ini ?
Mengapa pula Farid yang mendapatpujian daripada cikgu?
Fendi : Tidak mengapalah Jamilah . Yang penting, kelas kita cantik dan
kemas.

Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan dialog di atas ialah....
A. ayam terlepas tangan bau tahi
B. harimau mati meninggalkan nama, manusia mati meninggalkan nama.
C. Orang lain yang makan nangka orang lain yang kena getah.
D. Lembu punya susu sapi dapat nama.

48. Sikap masyarakat kampung yang saling bantu-membantu antara satu sama lain boleh boleh dianggap maksud bagi peribahasa
A. orang berbudi kita berbahasa
B. hidup dikandung adat mati dikandung tanah
C. berat sama dipikul ringan sama dijinjing
D. hutang emas dapat dibayar hutang budi dibawa mati.

49. Sekiranya kita tidak mengetahui cara untuyk membetulkan sesuatu barang yang rosak, usahlah kita berlagak pandai kerana tindakan kita itu buruk kesannya. Kita akan dikata orang
A. Bagai tikus membaiki labu
B. Bagai lebah menghimpun madu
C. Laksana pohon kayu tiada berbuah
D. Seperti kera mendapat bunga

50. Walaupun sofia anak orang kaya ,dia tidak mendapat kebebasan untuk melakukan aktiviti yang digemarinya.
Peribahasa yang tepat bagi mengambarkan keadaan dalam penyataan ini ialah
A. laksana burung diam dalam sangkar
B. lepas ibarat burung, mata badan terkurung
C. bagai bulan dipagari bintang
D. seperti katak di bawah tempurung.



Jawapan

1.B
2.D
3.A
4.C
5.A
6.B
7.D
8. D
9.B
10.B
11.D
12.B
13.A
14.C
15.A
16B
17.C
18.A
19.C
20.A
21.B
22.C
23. B
24.B
25.D
26.C
27.A
28.A
29.B
30.D
31.A
32.C
33.D
34.B
35.C
36.D
37.C
38.B
39.C
40.C
41.A
42.D
43.B
44.D
45.C
46.C
47.D
48.C
49.A
50. B

TATABAHASA 2

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

1 I Siang-siang lagi ayah sudah keluar untuk mencari rezeki.
II Emak sedang siang-siang ikan yang dibelinya dari pasar.
III Masalah kecil itu perlu diselesaikan siang-siang sebelum menjadi besar.
IV Burung hantu tidur pada hari siang-siang dan mencari makanan pada waktu malam.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan III sahaja
D III dan IV sahaja

2 I Menangis adik telah didengar oleh Mak Jarah yang tinggal di sebelah rumah.
II Hanim selalu menangis apabila mengenangkan nasib yang menimpa dirinya.
III Penyu dikatakan menangis apabila bertelur.
IV Ibu menasihati kami agar tidak menangis pemergian bapa.
A I dan II sahaja
B I, II, dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

3 I Pendengarannya segar kembali setelah menjalani pembedahan dua minggu lalu.
II Para penonton terhibur dengan persembahan kumpulan ghazal yang amat segar dan
bertenaga itu.
III Kita digalakkan bersenam agar tubuh badan menjadi segar.
IV Ikan-ikan segar boleh diperoleh setiap pagi di Pantai Kundur.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II, dan III sahaja

4 I Ali didakwa kerana bakar rumah Saleh.
II Tengah hari tadi, emak menyediakan ikan bakar untuk santapan kami sekeluarga.
III Rosmah dan adiknya selalu mencari kayu bakar di kebun datuknya.
IV Acuan bakar kuih boleh didapati di pasar raya.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II, III, dan IV sahaja
D III dan IV sahaja







5 I Susut badan Fazley lebih segak berbanding abangnya.
II Harga kereta akan susut setiap tahun.
III Ibu merungut kerana kainnya susut selepas dibasuh.
IV Malam semakin susut namun abang masih belum pulang.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

6 I Mary dan Susi sentiasa berkurung ketika ke sekolah.
II “Kata yang berkurung itu boleh saja kamu abaikan,” jelas Cikgu Hashim.
III Sesiapa yang mengingkari perintah berkurung itu akan ditangkap.
IV Suzy berkurung sahaja di dalam biliknya sejak dia pulang dari kampung.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

7 I Kanak-kanak akan belajar mempelajari perkara yang baru daripada kesilapan yang
dilakukan.
II Kita digalakkan supaya belajar dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya.
III Sebaik sahaja dia menamatkan belajar, dia ditawarkan pekerjaan sebagai pegawai
kewangan di sebuah bank.
IV Keadaan tempat belajar Marzuki sangat sempit dan terlalu panas.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

8 I Buah mempelam yang sedang ranum itu gugur apabila dilanda angin kencang.
II Generasi muda diminta mengenang jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang bangsa
yang gugur di medan perang.
III Dakwaan menyalahgunakan wang syarikat ke atas Mustafa gugur kerana pihak
pendakwa tidak dapat mengemukakan saksi.
IV Muatan yang dibawa oleh lori itu gugur satu persatu di atas jalan raya.
A I dan III sahaja
B I, II, dan III sahaja
C II, III, dan IV sahaja
D III dan IV sahaja







9 I Pihak polis telah sarang tempat penagih-penagih dadah itu pada petang semalam.
II Kanak-kanak yang nakal itu telah merosakkan sarang burung yang ditemui di atas
pokok ketapang.
III Sarang persembunyian pengganas komunis di Sarawak telah dimusnahkan dalam
operasi pembersihan yang dilancarkan oleh pihak tentera.
IV Kuih sarang semut sangat digemari kanak-kanak kerana rasanya manis.
A I dan III sahaja
B I dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

10 I Rambut Siti Nadia yang panjang menghuraikan itu beralun apabila ditiup angin.
II Pak Samad teringatkan bekalannya yang tertinggal di rumah ketika menghuraikan
ikatan sampannya.
III Juriah dapat menghuraikan fakta-fakta penting yang terkandung dalam cerpen yang
dibacanya itu dengan baik.
IV Dengan bimbingan rakan karibnya Mona dapat menghuraikan masalah yang
dihadapinya dengan mudah.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

11 I Paras air di Sungai Kelantan kian meningkat kerana hujan lebat sejak tiga hari lalu.
II Harga telur ayam terus meningkat dari semasa ke semasa lebih-lebih lagi pada
perayaan hari raya.
III Kemarahan bapa terhadap abang meningkat sejak mengetahui berita penangkapan
abang kerana ketagihan dadah.
IV Apabila usia semakin meningkat tua barulah mereka sedar bahawa anak-anak tidak
boleh diharapkan untuk menjaga mereka.
A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C I, II, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

12 I Azhar menjerit sebaik sahaja dia melihat katak kembung yang melompat ke arahnya.
II Oleh sebab Naimah terlewat mengambil sarapannya, perutnya menjadi kembung.
III Beg yang dibawanya menjadi kembung kerana penuh dengan barang-barang yang
dibelinya di Pulau Langkawi.
IV Padi yang telah dituai akan disimpan ke dalam kembung sebelum dikeringkan.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II, III, dan IV sahaja
D I, II, dan IV sahaja


13 I Sejak kehilangan adiknya yang meninggal dunia dalam kemalangan tahun lalu, Maria
berasa begitu lengang setiap kali dia pulang dari pejabat.
II Penyelia di tempat binaan itu berasa begitu lengang akan sikap pekerjanya yang
sering lewat dating bekerja.
III Kawasan kampung itu lengang dengan kenderaan yang ulang-alik membawa kayu
balak dari hutan.
IV Pusat beli-belah itu kelihatan lengang kerana pameran yang berlangsung itu tidak
mendapat sambutan daripada orang ramai.
A I dan IV sahaja
B I, II, dan III sahaja
C I, II, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

14 I Taman Asuhan Kanak-kanak itu boleh membasuh kanak-kanak menjadi orang yang
berilmu.
II Pegawai JPJ itu telah membasuh pekerja bawahannya yang sering
melengah-lengahkan urusan dengan orang awam.
III Emak membasuh pakaian kotor itu dengan menggunakan mesin pencuci automatik
untuk menjimatkan masa.
IV Orang yang telah melakukan kesalahan hendaklah membasuh dosanya dengan
meminta ampun kepada Tuhan.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

15 I Pak Saleh memanjangkan ceritanya agar cucu-cucunya tidak berasa jemu akan
pengisahannya tentang Tok Janggut.
II Pengadil telah memanjangkan masa perlawanan bola sepak setelah perlawanan itu
berkeputusan seri tanpa jaringan.
III Hasnan cuba memanjangkan tangannya untuk mengambil jam tangannya yang jatuh
di celah-celah orang ramai.
IV “Cubalah kamu memanjangkan perkara ini dalam mesyuarat nanti agar diketahui oleh
pengetua,” kata Cikgu Ghani kepada Hadi.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja








16 I Satu penjenayah itu dapat meluluskan diri walaupun sudah dikepung oleh pihak polis
dalam kejadian tembak-menembak pagi tadi.
II Tuan Haji Abdul Ghafar tidak menyangka bahawa pegawai daerah itu telah
meluluskan permohonan geran tanahnya.
III Walaupun pelbagai usaha dilakukan Mawarni masih tidak dapat meluluskan cincin
yang ketat itu daripada jarinya.
IV Pengerusi itu telah meluluskan cadangan itu setelah mengkajinya secara terperinci.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

17 I Rumah Mak Jah penuh dengan akal kayu.
II Akal yang waras berpunca daripada badan yang sihat.
III Encik Wahab sedang mencari akal untuk melunaskan hutang-hutangnya.
IV Orang itu tiada akal kerana berjalan di tengah-tengah jalan raya yang sibuk itu.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

18 I Awan mendung alamat hari akan hujan.
II Kami bertukar-tukar alamat sebelum berpisah.
III Dian alamat rumahnya pada sampul surat itu.
IV Puan Napsah alamat kanak-kanak itu dengan teliti.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV

19 I Shahril merupakan pelajar yang baik.
II Ibu menyuruh adik duduk baik dengan nenek.
III Abang sudah baik daripada demam.
IV Ayah baik motosikalnya yang rosak itu.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja








20 I Beliau mengalami kerugian apabila api-api telah menyerang sayur-sayurannya.
II Pokok api-api ialah sejenis pokok parasit.
III Nenek memasang api-api untuk memasak air.
IV Dia naik darah apabila kena api-api oleh jirannya.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

21 I Semua barang keperluan dapur rumahnya dibeli di pasar raya itu.
II Bagi saya barang sekilo bawang merah.
III Saya tidak peduli barang apa katanya.
IV Beliau bukan barang orang.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

22 I Banyak kenderaan kelihatan bersimpang-siur di jalan itu.
II Dia bersimpang-siur dari Seremban ke Kuala Lumpur setiap hari.
III Jalan menuju ke rumahnya bersimpang-siur.
IV Bersimpang-siur kawat elektrik di kawasan perumahan itu.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

23 I Kesuntukan pengetahuan amnya menyebabkan pemuda itu tidak dapat menjawab
soalan yang dikemukakan.
II Keluarga kami tidak menyambut Deepavali seperti tahun lalu kerana kesuntukan
wang.
III Bapa bekerja sehari kesuntukan kerana membahagiakan kami sekeluarga.
IV Kami akan singgah sebentar sahaja kerana kesuntukan waktu.
A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D IV sahaja









24 I Remaja sekarang perlu berkuasa bidang teknologi maklumat untuk bersaing dengan
rakyat di negara maju.
II Encik Mazlan boleh memberkas penjenayah itu kerana berkuasa ada padanya.
III Pihak berkuasa akan memperketat kawasan keselamatan di perairan negara.
IV Enjin bot yang digunakan oleh para nelayan di kampung itu berkuasa tinggi.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D I, III, dan IV sahaja

25 I Sikapnya memang jelas dan tidak meminta apa-apa balasan atas sumbangannya
kepada kita.
II Dia sudah memikirkan hal itu dengan jelas sebelum mengambil keputusan yang
muktamad.
III Kita perlu menggunakan ayat yang jelas supaya mudah difahami oleh pendengar.
IV Hutang untuk membiayai perbelanjaannya semasa di luar negeri sudah jelas dibayar.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV

26 I Penjenayah yang disabitkan kesalahan di mahkamah itu dikenakan ketahanan di
penjara.
II Ketahanan alat itu telah disahkan melalui ujian di makmal.
III Anak muda perlu memiliki ketahanan fizikal dan mental untuk menghadapi cabaran.
IV Kecekapan pasukan ketahanan dapat memulihkan keamanan di kawasan itu.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

27 I Gadis itu berwajah kering selepas menghidap penyakit ganjil.
II Air di sawah itu kering selepas beberapa bulan tidak turun hujan.
III Saya tidak dapat meminjamkan wang kepadanya kerana duit saya sudah pun kering.
IV Mereka sudah kering idea untuk menyelesaikan masalah itu.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja







28 I Tuan Puteri Gunung Ledang merupakan dirinya seperti orang tua.
II Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran baru.
III Saya tidak dapat merupakan peristiwa itu sepanjang hayat saya.
IV Kami dapat merupakan dua orang adik beradik yang telah lama terpisah.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D I, II, III, dan IV

29 I Dari jauh puncak gunung itu nampak dalam diselaputi awan.
II Air tasik yang dalam itu menjadi punca mata pencarian penduduk di situ.
III Permainan yang lasak itu amat popular dalam kalangan remaja.
IV Peserta lumba basikal kita berada di dalam kelompok paling hadapan.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

30 I Keuntungan pada tahun ini memuaskan hati rakan kongsi yang melabur dalam
syarikat itu.
II Hubungan mereka semakin memuaskan sejak tinggal di asrama.
III Jus mangga yang dihidangkan dapat memuaskan dahaga dalam cuaca panas begini.
IV Pencapaiannya dalam peperiksaan kurang memuaskan kerana banyak tajuk yang
tidak sempat diulang kaji.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV

31 I Pihak kami diberi kebenaran untuk mencetak karya sasterawan yang telah meninggal
dunia itu.
II Segala yang diduga menjadi kebenaran berlaku kerana langkah keselamatan tidak
diambil oleh penganjur.
III Hanya masa yang akan menentukan kebenaran pendapat ahli sosiologi bahawa
budaya itu akan diterima oleh masyarakat umum.
IV Mereka kembali ke jalan kebenaran dan melupakan angan-angan kosong itu.
A III dan IV sahaja
B I, II, dan III sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV






32 I Dia tidak berupaya melalui kekayaan yang dimiliki oleh ahli korporat itu.
II Saya menghantar permohonan ke kolej itu melalui internet sahaja.
III Encik Amin melalui hasrat hatinya untuk membina rumah di kaki bukit itu.
IV Kami tidak berani melalui amaran dan nasihat orang tua yang telah berpengalaman.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

33 I Meja tulisnya lengang selepas dikemas oleh Mak Limah.
II “Kalau lengang jemputlah datang ke rumah,” pelawa Rina.
III Kawasan itu sentiasa lengang terutama pada waktu malam.
IV Hidupnya terasa lengang sejak kematian isteri tersayang.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

34 I “Jangan keruh pasir itu dengan tangan,” jerit ibu kepada adik.
II Air mukanya yang keruh menimbulkan tanda tanya kepada kami.
III Kakak meminta suaminya menangani masalah hubungan mereka yang semakin
keruh.
IV Keadaan cuaca yang semakin keruh menyebabkan para nelayan berpatah balik.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

35 I Tangki minyak lori itu terlalu penuh sehingga melimpah.
II Baginda tidak dapat penuh syarat-syarat yang amat berat itu.
III Orang ramai penuh sesak di stesen kereta api untuk pulang berhari raya di kampung.
IV Sakunya penuh dengan buah mata kucing yang diberi oleh kakaknya.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja










36 I Rambutnya kelihatan sumbang selepas diwarnakan.
II “Mengapa kamu sanggup melakukan perbuatan yang sumbang itu?” tanya Salim.
III Mana-mana tindak tanduk yang dipandang sumbang oleh masyarakat patut
dielakkan.
IV Langkahnya yang agak sumbang itu membolehkan pihak lawan mengambil
kesempatan untuk mengalahkannya.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

37 I Fazley berbaring di atas pangkin untuk melepaskan penatnya.
II Mary melepaskan senyuman kepada kawannya, Linda.
III Pak Esa melepaskan beberapa genggam baja di tapak semaian padinya.
IV David telah melepaskan bendera sebaik-baik sahaja menjejakkan kaki di puncak
gunung itu.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

38 I Niat beliau untuk merampas kuasa negara tersebut tidak kesampaian.
II Perompak-perompak terbabit telah merampas beg plastik yang mengandungi wang
itu daripada pengawal keselamatan.
III Ibu segera merampas tangan adik ketika dia cuba melintas jalan raya.
IV Burung helang itu cuba merampas katak- katak yang sedang merangkak di tepi
kolam.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

39 I Ibu bapa boleh membantu anak-anak mengulang kaji pelajaran mereka di rumah.
II Azmi terpaksa mengulang anaknya di kampong setiap minggu.
III Bilakah pihak RTM akan mengulang tayang filem itu?
IV Abang mengulang dari rumah ke tempat kerjanya setiap hari.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja






40 I Masakan pedas yang dihidangkan oleh ibunya menaikkan selera makan.
II Kata-katanya yang pedas itu menghiris perasaan kami.
III Matanya pedas akibat terkena percikan air limau itu.
IV Farhan berasa pedas di seluruh badan selepas berlari sejauh tiga kilometer.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

41 I Ramli menggolekkan matanya apabila ternampak timbunan wang di dalam karung itu.
II Aiman menggolekkan badannya di atas tilam akibat keletihan.
III Ranjit menggolekkan kepalanya kerana tidak setuju dengan cadangan Halim
IV Raihana menggolekkan bola ke pintu gol ke pihak lawan.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

42 I Harun sering menghabiskan masa lapangnya dengan mengukir corak pada labu-labu
itu.
II Pamela mengukir senyuman manis apabila bertemu dengan Alex.
III Pelajar-pelajar itu didenda kerana mengukir buku-buku pelajar lain.
IV Katy mengukir rambut pelanggannya dengan teliti.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

43 I Azrul berusaha meleburkan hati ibu bapanya dengan belajar bersungguh-sungguh.
II Sejak meleburkan diri dalam politik beliau mula dikenali ramai.
III Dengan menggunakan bahan api mereka mampu meleburkan besi-besi itu.
IV Mereka berjanji untuk meleburkan musuh-musuh yang menyerang demi maruah
negara.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

44 I Kipas yang terlalu laju itu menyebabkan kertas-kertas di atas meja mengamuk.
II Bekas tentera yang mengamuk itu akhirnya berjaya diberkas.
III Anak Puan Anne yang baru dilahirkan itu mengamuk kerana kesejukan.
IV Latif akan mengamuk sekiranya apa-apa yang dimintanya tidak dipedulikan.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja
45 I Hujan turun dengan berat pada malam itu.
II Ayah terpaksa bekerja berat untuk menanggung kami sekeluarga.
III “Berat sungguh hati kakanda hendak meninggalkan adinda,” .
IV Raja Aliza tidak terangkat kotak yang berat itu.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

46 I Penduduk kampung telah mengongkong pemuda itu di dalam sebuah bilik.
II Kakak meradang kerana ibu cuba mengongkong kebebasannya.
III Ayah mengongkong apa-apa saja cadangan daripada abang.
IV Sampah-sampah yang mengongkong aliran air telah menyebabkan banjir kilat.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

47 I “Kalau senang datanglah ke rumah,” pelawanya.
II Udara di tepi tasik itu sungguh senang.
III Nadia berasa tidak senang dengan sikap kenalan barunya itu.
IV “Soalan yang begini senang pun tidak dapat kamu jawab?” sindir Milah.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

48 I Puncak kejadian itu masih dalam siasatan pihak polis.
II Mereka menari dengan puncaknya tanpa mempedulikan jiran tetangga.
III Bendera yang berkibar di puncak tiang itu kelihatan lusuh.
IV Pak Man berhenti menajak apabila matahari sampai ke puncaknya.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

49 I “Buatlah kerja deras sedikit,” tegur majikannya.
II Pendengarannya kurang deras sejak kemalangan itu.
III Jantungnya berdegup deras setelah mendengar berita buruk itu.
IV Hujan yang semakin deras memaksa saya berteduh di sebuah bangunan.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja


50 I Peristiwa ngeri itu masih bekas dalam ingatannya.
II Mereka cuba menjejaki bekas tapak kakinya yang masih kelihatan jelas.
III Bekas isterinya telah pun berkahwin dua tahun lalu.
IV “Tudung saji ini adalah bekas tangan saya sendiri,” jelas ibu tua itu.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja






































JAWAPAN

1 C

2 C

3 C

4 B

5 B

6 B

7 A

8 B

9 D

10 B

11 C

12 D

13 A

14 D

15 C

16 D

17 D

18 A

19 A

20 A





21 C

22 C

23 D

24 C

25 C

26 B

27 D

28 A

29 C

30 C

31 C

32 C

33 B

34 D

35 C

36 D

37 A

38 A

39 C

40 A





41 B

42 A

43 D

44 B

45 B

46 A

47 C

48 B

49 C

50 D