Monday, June 9, 2008

MEMILIH AYAT YANG BETUL

MEMILIH AYAT YANG BETUL ( SOALAN 25 – 27 )

Bahagian A

Arahan : Tandakan [ / ] pada ayat-ayat yang betul dan tandakan [ x ] pada ayat-ayat yang yang salah.

1. Rumah sewa itu kami duduki selama dua tahun setengah. [ ]

2. Pada setiap petang, Pak Dollah akan duduk bercerita sambil menghisap rokok daun. [ ]

3. Senarai nama-nama peserta untuk mewakili Rumah Garuda disediakan oleh Cikgu Zamaliah. [ ]

4. Penduduk-penduduk di kampung itu rajin-rajin belaka. [ ]

5. Rahman akan bersekolah di Johor Bahru di bulan hadapan kerana mengikut keluarganya berpindah. [ ]

6. Fikirannya bertambah kusut bila memikirkan masalah peribadinya yang tidak selesai-selesai. [ ]

7. Ganesan terpaksa memakai cermin mata kerana dia rabun ayam. [ ]

8. Kami tidak bersetuju dengan cadangan ayah untuk ke Pulau Pinang. [ ]

9. Budak itu bukan sahaja bodoh meskipun pemalas. [ ]

10. Dia ialah anak angkat kepada guru yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu itu. [ ]


Bahagian B

Arahan : Terdapat kesalahan dalam ayat-ayat di bawah. Kenal pasti dan garisi kesalahan tersebut, kemudian betulkan kesalahan.

1. Selain daripada bahan api, setengah negara maju menggunakan tenaga matahari sebagai sumber tenaga. [ ]

2. Bangunan yang tinggi itu adalah Menara Kuala Lumpur. [ ]

3. Hadiah yang baru dibeli oleh kakak ialah untuk ayah. [ ]

4. Encik Ghani adalah guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Seri Perdana. [______________________]

5. Farid berasal daripada negeri Kelantan. [____________________]

6. Haida lebih putih dari Diana. [________________________]

7. Kuih itu dibuat dari tepung gandum dan tepung jagung. [___________________]

8. Shikin menunggu Nabila daripada pukul 3.00 petang hingga 6.00 petang.[______________]

9. Gambar itu digantung di dinding di ruang tamu rumahnya. [_________________]

10. Mak Cik Milah menjual pelbagai-bagai kuih di gerainya. [__________________]

11. Aku ternampak berpuluh pasang mata sedang memandang ke arahku. [_________________]
12. Saya bersama-sama beribu penyokong pasukan Malaysia bersorak di stadium pada malam itu.[______________________]

13. Pak Ghani telah menjual beberapa buah tanah untuk menanggung perbelanjaan anaknya di universiti. [_______________________]

14. Emak membeli beberapa ketul jagung bakar di pasar malam. [__________________]

15. Cik Aini menerima seutas cincin berlian daripada tunangnya pada hari itu. [___________________]

16. Puan Haida amat rindukan anaknya yang belajar di luar negara. [_________________]

17. Jamal dan rakan-rakannya berbincang mengenai pelajaran di perpustakaan pada waktu petang. [____________________]

18. Padang bola sepak itu terletak dekat dengan Jalan Hang Tuah. [_________________]

19. Pemuda yang jelita itu berjaya dipilih menjadi pramugara. [_________________]

20. Wah, pedih betul mata di sebelah kiriku ini! [__________________]

21. Cis, manis betul buah rambutan ini. [___________________]

22. Aduh, penderitaan hidupnya tiada sesiapa yang tahu.[____________________]

23. Teratai Restoran menyediakan berbagai-bagai jenis makanan tradisional Melayu.[_____________________]

24. Pak Karim menjual goreng pisang di simpang jalan itu. [____________________]

25. Adik Haikal suka makan Maggi mi walaupun selalu ditegah oleh ibu. [___________________]

26. Sikap pengurus yang sering memperbudakkan pekerjanya tidak disukai oleh semua kakitangan syarikat itu. [_________________________]

27. Haji Ismail memperbesarkan rumahnya untuk keselesaan anak-anak dan cucu-cucunya apabila pulang bercuti. [________________________]

28. Puan Zarina memperolehi pendapatan yang lumayan hasil daripada jahitannya, terutama pada musim perayaan. [______________________]

29. Amir meghadiahkan Shakila sepasang anting-anting berlian. [___________________]

30. Ayah mengutusi sepucuk surat kepada kakak yang berada di Jepun.[
31. Kami dipertemu dalam majlis yang agak sederhana itu. [___________________]

32. Teater itu dipertonton kepada orang ramai bermula pada bulan hadapan. [_____________________]

33. Pasangan pengantin itu dipersanding dalam majlis yang gilang-gemilang. [____________________________]

34. Dia bukan melakukan perbuatan itu. [______________________]

35. Orang yang berbaju merah itu tidak bapanya. [_________________________]


Bahagian C

Arahan: Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.


1. I Gerobok lama itu dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan-makanan.
II Berbagai-bagai jenis bunga dijual di kedai Cik Elliana.
III Pelbagai-bagai buah-buahan boleh di beli di pasaraya itu.
IV Pelbagai jenis makanan dihidangkan dalam majlis pada malam itu.
A I dan II
B II dan IV
C I, II dan III
D I, III dan IV


2. I Buatlah apa-apa yang kamu suka.
II Saya tidak akan pergi ke mana-mana sebelum awak sampai.
III Awak boleh datang ke rumah saya pada bila-bila yang awak suka.
IV Saya tidak akan biarkan siapa masuk ke bilik ini.
A 1 dan II
B II dan III
C I, II dan III
D II,III dan IV


3. I Oh, ambil penumbukku ini!
II Wah, cantiknya baju yang awak pakai hari ini!
III Aduhai, kasihannya kanak-kanak malang itu!
IV Cis, berani kamu menumbuk anak kesayanganku!
A I dan II
B II dan III
C I, III dan IV
D II, III dan IV


4. I Emak membeli beberapa keping petai.
II Encik Kamal mempunyai beberapa buah kereta.
III Raju makan beberapa keping roti sebelum pergi ke sekolah.
IV Helen dan adiknya membeli beberapa buah pisau di kedai Pak Mat.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I, III dan IV

5. I Shakila menerima surat daripada sepupunya yang tinggal di Kuala Lumpur.
II Encik Borhan baru tiba dari Kedah.
III Baju itu dibuat daripada kain sutera.
IV Ramlah menonton televisyen dari pagi hingga petang.
A I dan II
B II dan III
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV


6. I Lauk-pauk yang dihidangkan oleh Puan Fazidah sungguh lazat.
II Keadaan kelas itu menjadi riuh-miuh apabila guru keluar dari kelas tersebut.
III Daun kelapa itu liang-liuk apabila ditiup angin.
IV Ramai yang lalu-lalang di hadapan kedai itu.
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D I, III dan IV


7. I Dedaun berguguran pada musim kemarau.
II Pelbagai jenis buah bergantungan di gerai tepi jalan itu.
III Kami hanya berbantal beg semasa menyertai perkhemahan itu.
IV Kumpulan itu berpandu peta yang dibekalkan oleh jurulatih sewaktu mengikuti aktiviti meredah hutan.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV


8. I Mereka mendapat tepukan yang gemuruh daripada hadirin.
II Bau minyak wangi yang dipakai oleh bapa sungguh semerbak.
III Pakaian di dalam almari yang selerak itu angkara seekor tikus.
IV Gelembung pada tangan kakak yang terkena minyak itu masih belum hilang.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D I, II, III dan IV

9. I Setiap keluarga mangsa banjir itu akan menerima bantuan berupa wang dan makanan.
II Malaysia kini punyai lebih daripada lima saluran televisyen.
III Setiap pelajar harus berazam untuk lanjut pelajaran ke menara gading.
IV Pendidikan ialah agenda penting dalam pembangunan sesebuah negara.
A I dan III
B I dan IV
C I, II dan III
D I,II, III dan IV


10. I Farid merupakan pelajar tertinggi di kelas itu.
II Mak Leha menyara ketiga orang anaknya seorang diri.
III Liana selalu membaca surat khabar dan majalah untuk mendapat markah yang tinggi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
IV Nenek Milah akan melihat gambar anak-anaknya apabila dia rindu akan mereka.
A I dan II
B II dan III
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

JAWAPAN

BAHAGIAN A

1. BETUL
2. BETUL
3. SALAH
4. SALAH
5. SALAH
6. SALAH
7. BETUL
8. BETUL
9. SALAH
10. BETUL

BAHAGIAN B

1. Setengah (sesetengah)
2. adalah (ialah)
3. ialah (adalah)
4. adalah (ialah)
5. daripada (dari)
6. dari (daripada)
7. dari (daripada)
8. daripada (dari)
9. di (pada)
10. pelbagai-bagai (pelbagai/berbagai-bagai)
11. berpuluh (berpuluh-puluh)
12. beribu (beribu-ribu)
13. buah (bidang/keping/ekar)
14. ketul (tongkol)
15. seutas (sebentuk)
16. rindukan (rindu akan)
17. mengenai (tentang)
18. dekat (hampir)
19. jelita (kacak/tampan
20. wah (aduh)
21. cis (oh)
22. aduh (aduhai)
23. Teratai Restoran (Restoran Teratai)
24. goreng pisang (pisang goreng)
25. Maggi mi (mi Maggi)
26. memperbudakkan(memperbudak)
27. memperbesarkan(memperbesar)
28. memperolehi(memperoleh)
29. menghadiahkan(menghadiahi)
30. mengutusi (mengutuskan)
31. dipertemu (dipertemukan)
32. dipertonton (dipertontonkan)
33. dipersanding (dipersandingkan)
34. bukan (tidak)
35. tidak (bukan)



BAHAGIAN C

1. B
2. C
3. D
4. C
5. D
6. D
7. A
8. D
9. B
10. C

No comments: