Praktis 1
PANTUN BUDI
Baca pantun di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.
Bunga cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang;
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.
Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai berlari;
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.
1 Orang yang berbudi bahasa
A sentiasa mendapat perhatian
Daripada orang ramai.
B sentiasa dikenang orang dan disebut sebut selalu.
C mudah mendapat pertolongan jika kesusuhan
D mempunyai ramai musuh.
2 Bagaimanakah masyarakat sekarang
seperti yang digambarkan dalam
pantun di atas?
A Suka dipuji dan disanjung
B Tidak lagi berbudi bahasa
C Pandai menyesuaikan diri mengikut suasana
D Lebih mengutamakan kekayaan dan harta benda
3 Orang yang tidak berbudi boleh
diumpamakan seperti
A lupa daratan
B hidung tinggi
C besi berkarat
D sampah masyarakat
4 Nilai yang terdapat dalam rangkap
pertama puisi ini ialah
A tabah
B kerjasama
C kasih sayang
D mengenang budi
5 Kumpulan pantun ini bertemakan
A budi baik dikenang juga
B hina manusia kerana budi
C kepentingan budi dalam hidup manusia
D manusia lebih mementingkan kekayaan.
Praktis 2
SYAIR TENAGA PEMUDA
Baca petikan di bawah dengan
teliti,kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.
Tenaga pemuda kalau diasuh,
Pimpin dan didik kotor dibasuh,
Tidaklah ia menjadi lusuh,
Amat berguna menentang musuh.
Tenaga pemuda memang terbilang,
Tenaga yang sedang gilang-gemilang,
Beban yang berat dapat dijulang,
Benda yang jauh dapat dijelang.
Tenaga pemuda tenaga bererti,
Tenaga yang berani menempah mati,
Tenaga mengenal erti nanti,
Hanya penuh kemahuan mesti.
Tenaga pemuda mestilah sayang,
Jangan dibiarkan lemah dan goyang,
Di waktu pagi muda tenaga kencang,
Berani sampai berputih tulang.
Tenaga pemuda kalau dijaga,
Kelak akhirnya sangat berharga,
Tenaga yang menjadi harapan bangsa,
Gagah berani mempertahankan Negara.
Gustam Negara, (Dipetik daripada antologi Anak Bumi Tercinta,Ting.3,DBP)
1 Kepentingan tenaga pemuda seperti
yang dinyatakan dalam rangkap
pertama puisi ini.
A mampu menjadi pendidik
B mampu menjadi pemimpin
C mampu membangunkan negara
D mampu menentang musuh negara.
2 Frasa tenaga yang berani menempuh
mati bermaksud
A tenaga yang sanggup berjuang bermati-matian kerana negara.
B tenaga yang sanggup mati dengan sia-sia.
C tenaga yang sengaja menempah maut.
D tenaga yang lemah.
3 Nilai-nilai yang terdapat dalam
rangkap ketiga puisi ini ialah
A merendah diri
B terburu-buru
C kerjasama
D berani
4 Mengapakah tenaga pemuda perlu
dididik dan diasuh dengan sempurna?
A berupaya menangkis anasir jahat
B melahirkan generasi yang disegani
C mampu menyumbangkan bakti kepada negara
D berpotensi menjadi pemimpin yang berwibawa
5 Untuk merealisasikan wawasan negara
golongan pemuda seharusnya
dilindungi daripada
A berilmu pengetahuan
B berbudi pekerti
C bekerjasama
D memberontak
Praktis 3
BILA BERJAUHAN
Baca sajak di bawah dengan
teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Yang kurasakan
kau semua mesti di sisiku
kerana setiap yang kualami
kau semua mesti menikmati
dalam kesepian di tengah ramai
orang yang ditemui tapi tak kukenal
suara kalian ada di telingaku
kenakalan dan ketegasan di rumah tangga
tidak melepaskan jarak kita
malah ingatan itu
menjadikan aku
seorang ayah dan suami
yang terlalu memelihara
erti diri
di tengah bayang ibumu berdoa
dan kau semua menunggu
wujud aku dalam godaan keasyikan membentuk diri
menjadi seorang ayah dan suami
tegak dan pejal.
A. Wahab Ali,dipetik daripada antologi Anak Bumi Tercinta.Tingkatan 3,DBP)
1 Mengapakah penyajak berasa setiap
ahli keluarganya perlu berada bersama
pada setiap masa?
A dapat bertukar-tukar pendapat
dan buah fikiran
B mengeratkan lagi hubungan
silaturahim dalam kalangan ahli
keluarga
C berharap ahli keluarga lain
merasai perkara yang dialami
oleh penyajak
D setiap masalah yang dihadapi
oleh ahli keluarga dapat
diketahui dengan cepat
2 Apakah perkara yang selalu terngiang-
ngiang di telinga penyajak lebih-lebih
lagi apabila berjauhan daripada
keluarga?
A suara anak-anak yang nakal dan isteri yang sentiasa tegas
B perbualan dengan anak-anak dan juga isterinya
C suara anak-anaknya yang setiasa keriangan
D suara isterinya yang sedang berdoa
3 Berikut merupakan pernyataan yang
berkaitan dengan diri penyajak,kecuali
A penyajak mempunyai seorang isteri yang pandai mendidik anak-anak dan menjaga kesejahteraan keluarga.
B penyajak selalu digoda supaya curang terhadap isteri dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.
C penyajak sentiasa merindui keluarganya lebih-lebih lagi apabila berjauhan
D penyajak merupakan seorang yang bertanggungjawab.
4 Antara yang berikut yang manakah
merupakan tema sajak ini?
A sikap negatif ayah apabila berjauhan
B kasih semakin erat apabila berjauhan
C kegelisahan anak-anak berjauhan dengan bapa
D kegembiraaan ahli keluarga apabila berkumpul
5 Persoalan yang tidak terdapat dalam
sajak ialah
A semasa berjauhan hubungan kekeluargaan menjadi lebih erat
B isteri dan anak-anak perlu berdoa
C suami yang selalu meninggalkan keluarga dan mengabaikan tanggungjawab
D setiap anggota keluarga perlu sentiasa bersama-sama berkongsi pahit manis kehidupan.
Skema jawapan
Antologi Anak Bumi Tercinta,Tingkatan 3
PANTUN BUDI
1 B
2 D
3 C
4 A
5 D
SYAIR TENAGA PEMUDA
1 D
2 A
3 D
4 A
5 D
BILA BERJAUHAN
1 C
2 A
3 B
4 B
5 C
Monday, June 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment