Monday, June 9, 2008

PERIBAHASA

Modul Garus Galus Peribahasa (Soalan no: 28- 30 ) Kertas 1.

Pilih penyataan yang paling sesuai bagi penyataanyang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini.

1.                       Bagai kacang lupakan kulit

Peribahasa di atas mempunyai maksud yang sama dengan perbahasa
A. Seperti api di dalam sekam
B. Seperti ulat lupa akan daun
C. Kecil api menjadi kawan besar menjadi lawan
D. Jerat tidak melupakan pelanduk tetapi pelanduk lupa akan jera

2. Perhubungan penduduk Kampung Sepakat tidak seindah namanya. Jika ada majlis
kenduri-kendara tidak ramai yang datang menghulur bantuan. Mereka bersikap
mementingkan diri sendiri.
Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan sikap penduduk kampung sepakat ialah

A. Kera sumbang
B. Seperti anai-anai makan kayu
C. Lain dulang lain kakinya lain orang lain hatinya
D. Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

3. Sekali tersengat selalu beringat
Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa di atas ialah
A. Sekali tertipu kali kedua sudah tahu
B. Membalas peerbuatan orang yang menzalimi kita
C. Jika terlanjur melakukan kesilapan eloklah diinsafi segera
D. Orang yang menderita kesusahan akan berhati-hati dalam setiap tindakannya.

4. Sekiranya kita bersahabat dengan sesorang janganlah kita mengkhianatinya. Jika tidak kita kan dikatakan

A. Bagai kacang lupakan kulit
B. Bagai pahat dengan penukul
C. Bagai gunting dalam lipatan
D. Seperti melepaskan anjing tersepit

5. Samad kecewa akan sikap anak-anaknya yang hanya akan membuat sesuatu apabila disuruh. Selain itu mereka akan memberi pelbagai alasan apabila disuruh . Sikap anak-anak Samad itu sesuai dengan peribahasa

A. seperti pahat dengan penukul
B. bagai melepaskan batuk di tangga
C. bagai menatang minyak yang penuh
D. kecil-kecil anak, sudah besar menjadi onak

6. Bagai kumbang putus tali

Maksud perbahasa di atas ialah

A. Sentiasa bernasib malang
B. cepat terlrpas dari pada sengsara
C. hidup dalam keadaan sengsara
D. melakukan pekerjaan yang menyebabkan sengsara

7. Pasangan kembar itu tidak pernah berpisah sejak kecil boleh dikatakan bagai

A. aur dengan tebing
B. pinang dibelah dua
C. pelandunduk dua serupa
D. beliung dengan asahan

8. malas mengerit perut perit

Maksud bagi peribahasa di atas ialah

A. jika berlaku sesuatu tentu ada sebabnya
B. apabila malas berusaha perut akan sakit
C. perut akan bermasalah sekiranya kelaparan
E. apabila malas berusaha kita akan memdapat kesusahan

9. Pelbagai bentuk hukuman yang dikenakan oleh penjajah oleh pejuang kemerdekaan.
Namun begitu, keadaan ini tidak melemahkan mereka. Bagi mereka, lebih baik mati daripada menjadi hamba di negara sendiri. Prinsip hidup mereka ini sesuai dengan peribahasa

A. seperti mentimun dengan durian
B. biar putih tulang jangan putih mata
C. seperti harimau menyembunyikan kuku
D. berakit-rakit ke hulu berenang-rengan ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang ke tepian.

10. ” kami menerima pinangan ini dengan tangan terbuka,” kata wakil daripada pihak perempuan.
Situasi di atas sesuai dengan peribahasa

A. ke tengah boleh ketepi pun boleh
B. kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
C. ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.
D. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa


11.
           Lemak manis jang terus ditelan

               pahit jangan terus dibuang


Maksud yang sesuai denganh peribahasa di atas ialah

A. tiap-tiap usaha ada untung dan ruginya
B. untung dan malang nasib seseorang tidaklah tetap
C. orang yang pernah merasa kesusahan akan lebih berhati-hati dalam tindakannya.
D. Semua nasihat hendaklah difikirkan baik buruknya sedangkan kecaman juga jangan ditolak mentah-mentah.


12.         Biarlah kita miskin atau tidak berharta
            asalkan kita tidak menyakitkan hati orang

Penyataan di atas merupakan maksud peribahasa
A. ikut adat memiat daging sakit di awak sakitlah di orang
B. biar buruk kain dipakai asalkan pandai mengambil hati
C. hidup kayu berbuah hidup manusia biar berjasa
D. rosak badan kerana mulut
13. Sejak pegawai Badan Pencegah Rasuah itu berulang-alik ke pejabatnya , halim umpama

A. duduk di atas duri
B. sudah jatuh ditimpa tangga
C. di luar bagai madu di dalam bagai hempedu
D. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna

14. Peribahasa di bawah terdapat ”nilai kerajinan” dalam maksudnya kecuali

A. ringan tulang berat perut
B. seperti anai-anai makan kayu
C. sediakan payung sebelum hujan
D. bagai lebah menghimpun madu

15. Laksana pokok yang tidak berbuah

Maksud peribahasa di atas ialah

A. orang yang berilmu tetapi tidak disebarkan kepada orang lain
B. sesuatu hasil yang tidak dapat dikongsi bersama
C. kehidupan yang tidak bermakna
D. pekerjaan yang tidak berhasil

16. Apabila pembesar dan pemerintah berganti, corak pemerintahan turut berubah.
Situasi ini sesuai dengan peribahasa

A. patah kemudi perahu hanyut
B. sekali air besar sekali tepian beranjak
C. lain dulang lain kaki lainh orang lain hati
D. laut mana yang tidak berombak, bumi mana tak ditimpa hujan

17. Peribahasa-peribahasa berikut berkaitan dengan nasihat kecuali

A. didengar ada diopakai tidak
B. seperti hujan jatuh ke pasir
C. seperti mengira bulu kambing
D. masuk telingan kanan keluar telingan kiri

18. Peribahasa ” bagai isi dengan kuku” mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa

A. seperti dakwat dengan kertas
B. seperti aur dengan tebing
C. seperti gergaji dua mata
D. seperti batu di pulau
19. Haji Dollah kedekut. Payah benar dia hendak mengeluarkan wangnya untuk dibelanja. Haji Dollah boleh dikatakan sebagai

A. hati batu
B. kepala batu
C. kepiting batu
D. kera sumbang

20. Jauhari juga yang mengenal manikam

Maksud peribahasa di atas ialah

A. Orang yang pakar sahaja yang dapat mengenal mutu sesuatu barang
B. Setiap orang tidak susah untuk mengenal baik atau buruknya
C. Setiap pasangan kekasih mengenali hati budi temannya
D. Seorang suami atau isteri tentu mengenali pasangannya.

21. Zuriati beroleh malu dalam majlis tersebut apabila tersilap menmyebut nama pegawai daerah.
Situasi yang dihadapi oleh Zuriati boleh dikatakan

A. seperti ayam disambar helang
B. seperti cicak makan kapur
C. seperti ayam berak kapur
D. seperti udang direbus.

22. Asmara yang berasal daripada keturunan Orang Asli telah dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup masyarakat Melayu semasa tinggal di rumah keluarga angkatnya di Shah Alam.
Sikap Asmara umpama

A. Ke bukit sama didaki kelurah sama dituruni
B. buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali
C. masuk kandang kambing mengembek masuk kandang kerbau menguak
D. hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.

23. Pak Kasim : Kamu perlu menyimpan sebahagian kecil pendapatan kamu itu
untuk persediaan jika ditimpa kesusahan.
Farid : Terima kasih atas nasihat Pak Kasim, saya akan sentiasa beringat-
ingat.

Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan dialog di atas ialah
A. Sediakan paying sebelum hujan
B. Ingat sebelum kena berjimat sebelim habis
C. Sehari selembar benang, lama-lam jadi kain
D. sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

24. Jurulatih poasukan itu hanya melebih-lebihkan cerita tentang pasukannya untuk melemahkan semangat pasukan lawan.
Hal ini boleh diibaratkan

A. membuang garam ke laut
B. tanah sekepal digunungkan
C. belum duduk sudah berlunjur
D. kalau tiada angin bertiup takkan pokok bergoyang

25. Walaupun telah bertahun-tahun lamanya Encik Badrul bekerja di luar negara, akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air kerana

A. sesat di hujung jalan , balik ke pangkal jalan
B. di mana bimi dipijak di situ langit dijunjung
C. sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.
D. Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.

26. Kerajaan telah membina sebuah dewan untuk kemudahan orang ramai di taman perumahan itu. Tiga bulan kemudian , pintu dewan itu telah dirosakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab di tempat itu. Keadaan ini diibaratkan

A. mencurah air ke daun keladi
B. lempar batu sembunyi tangan
C. kera mendapat bunga
D. tikus membaiki labu

27. Rakyat asing sanggup bersusah payah datang ke negara ini untuk mencari rezeki . Keadaan ini disebabkan terdapat banyak peluang pekerjaan di negara ini. Hal ini diibaratkan

A. di mana ada gula di situ ada semut
B. di mana ada kemahuan di situ ada jalan
C. rezeki jangan ditolak , musuh jangan dicari
D. hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

28. Pelakon Fauziah Ahmad Daun mewarisi bakat ibunya yang merupakan seorang primadona suatu masa dahulu, seniwati Saadiah.
Keadaan ini diibaratkan

A. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
B. Seperti menatang minyak yang penuh
C. Bagaimana acuan begitulah kuihnya
D. Lebih sudu dari kuah.

29. Wartawan : Kedatangan saya ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat
tentang rahsia kejayaan cemerlang saudara dalam peperiksaan
baru-baru ini.
Aiman : Baiklah. Sebenarnya sebelum ini saya selalu gagal dalam
beberapa ujian tetapi kegagalan itu tidaklah menjadi halangan
untuk saya mencuba . Yang penting ialah saya menjadikan
kegagalan itu sebagai dorongan untuk saya berusaha.
Dialog di atas sesuai dengan peribahasa
A. sudah terantuk baru tengadah
B. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
C. sehari selembar benang lama-lama menjadi kain
D. baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak.

30. Zanariah sangat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai yang sudah lama diidam-idamkan. Keadaan ini seperti
A. kera mendapat bunga
B. pungguk rindukan bulan
C. kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
D. orang mengantuk disorongkan bantal

31. Tuan Ibrahim sesekali tidak menyangka pengurus syarikatnya yang menjadi orang kanannya telah mengelapkan sejumlah besar wang syarikat.
Hal ini diibaratkan
A. Harapkan pagar, pagar makan padi
B. Seperti kacang lupakan kulit
C. Lain diacah , lain yang jadi
D. Lebih sudu dari kuah

32. Peribahasa berikut berkaitan dengan sesorang yang berada dalam keadaan yang amat bahaya kecuali

A. seperti telur di hujung tanduk
B. nyawa bergantung di hujung rambut
C. sudah jatuh ditimpa tangga
D. seperti nyawa di hujung pedang.

33. Peribahasa “ Bagai kaduk naik junjung” membawa maksud
A. orang yang merungut-rungut apabila disuruh melakukan sesuatu pekerjaan
B. orang yang telah kehilangan banyak harta setelah kalah judi atau sebagainya.
C. Orang yang tidak dapat menerima kekalahan dalam sesuatu pertandingan
D. Orang yang miskin tetapi mengada-ngada setelah mendapat kedudukan atau pangkat

34.
                            Pada peringkat awal , Encik Zamani bersa kekok menjadi jururawat lelaki , tetapi lama-kelamaan pekerjaan tersebujt sudah sebati denmgan jiwanya.


Situasi di atas boleh diumpamakan seperti peribahasa
A. tepuk dada tanya selera
B. alah bisa tegal biasa
C. rambut sama hitam hati lain-lain.
D. Sekali air bah sekali pantai berubah

35. Meludah ke langit menimpa muka sendiri
Maksud peribahasa di atas ialah
A. orang yang memikirkan perihal diri sendiri sahaja
B. orang yang melakukan kesalahan akan menerima balasannya
C. orang yang memburukkan keluarga sendiri, diri sendiri turut juga mendapat malu
D. orang yang suka mencari kesalahan orang lain.


36. Majikan Rosnah memintanya belajar menggunakan perisian komputer dengan Suhana, walhal dia memiliki sijil kemahiran komputer sejak dia menamatkan persekolahannya.
Keadaan ini umpama
A. Belakang parang diasah lagikan tajam
B. Mencurah air ke daun keladi
C. Mengukur baju di badan sendiri
D. Mengajar itik berenang.

37.
                        Darwis meminta pertolongan , tetapi tiada sesiapa yang mempedulikannya.


Maksud penyataan di atas merujuk peribahasa-peribahasa berikut kecuali
A. bagai berserui di padang pasir
B. seperti melukut di tepi gantang
C. seperti meminta susu daripada ayam
D. bagai kaca pecah ke batu


38.Kehidupan lelaki tua itu ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang . Dia sentiasa bekerja kuat untuk mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya yang berjumlah lapan orang. Kadang-kadang , isterinya mengambil upah membasuh pakaian jiran tetangga untuk menambahkan pendapatan keluarga.

Situasi di atas jelas menggambarkan peribahasa
A. memagar kelapa condong, buahnya jatuh di laman orang
B. melentur dahan dek meluyut buahnya
C. melilit dahulu kemudian memanjat
D. melekatkan kersik ke buluh

39. Kata-kata yang diungkapkan oleh lelaki begitu pedih bagai
A. kulit udang terbakar
B. hempedu lekat di hati
C. dihiris dengan sembilu
D. panas mengandung hujan

40. Biar mati di mata pedang jangan mati kena tendang

Maksud peribahasa di atas ialah
A. mati biarlah dalam kemuliaan
B. biarlah mati kerana berkelahi daripada mati berpeluk tubuh
C. biar mati mempertahankan kehormatan daripada mati dalam kehinaan.
D. Setiap orang akan merasai kematian tetapi biarlah dalam suasana yang mulia.
41. Mak Leha selalu menasihatkan anaknya agar jangan terlalu boros. Boleh berbelanja tetapi biarlah mengikut kemampuan. Anak Mak Leha sepatutnya
A. ukur baju di badan sendiri
B. zaman beralih musim bertukar
C. hendak seribu daya tak mahu seribu dalih
D. bagai rotan asal berinsang dicucuk belaka.
42. Sebagai perantau , Azuan merasakan kehidupan masyarakat di tempat barunya begitu berbeza dengan tempat lahirnya. Oleh itu dia mengamalkan sikap

A. Ukur baju di badan sendiri
B. Elok lenggang di tempat datar
C. Hidup kayu berbuah
D. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

43. Sarang tebuan jangan dijolok
Maksud peribahasa di atas
A. Keberanian yang tidak berempat
B. Jangan sengaja mencari kesusahan
C. Perbuatan yang tidak menguntungkan
D. Membuat sesuatu yang tidak berfaedah

44. Jasa Haji Borhan terhadappenduduk kampung terus diingati oleh segenap lapisan masyarakat walaupun sudah sebelas tahun beliau meninggal dunia. Jasa yang ditunjukkan boleh dikaitkan dengan peribahasa
A. yang baik dipakai, yang buruk dibuang
B. kalau asal benih yang baik jatuh di laut menjadi pulau.
C. Jika ular menyusur akar sekalipun tak akan hilang bisanya.
D. Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang , manusia mati meninggalkan nama.

45. Lelaki yang tidak mempedulikan jirannya yang suisah walaupun dia mempunyai wang untuk diberikan. Sifat lelaki itu dikatakan
A. bagai duri dalam daging
B. seperti melepaskan anjing tersepit
C. seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
D. umpama durian dengan mentimun, menggolek luka, kena golek pun luka.
46. Pemuda itu berlagak seperti orang kaya, sepatutnya kita perlu
A. seperti sampah hanyut
B. seperti rumput di tepi jalan
C. ukur baju di badan sendiri
D. seperti pipit menelan jagung



47. Jamilah : Bukankah awak yang membuat kerja-kerja menghias kelas kita ini ?
Mengapa pula Farid yang mendapatpujian daripada cikgu?
Fendi : Tidak mengapalah Jamilah . Yang penting, kelas kita cantik dan
kemas.

Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan dialog di atas ialah....
A. ayam terlepas tangan bau tahi
B. harimau mati meninggalkan nama, manusia mati meninggalkan nama.
C. Orang lain yang makan nangka orang lain yang kena getah.
D. Lembu punya susu sapi dapat nama.

48. Sikap masyarakat kampung yang saling bantu-membantu antara satu sama lain boleh boleh dianggap maksud bagi peribahasa
A. orang berbudi kita berbahasa
B. hidup dikandung adat mati dikandung tanah
C. berat sama dipikul ringan sama dijinjing
D. hutang emas dapat dibayar hutang budi dibawa mati.

49. Sekiranya kita tidak mengetahui cara untuyk membetulkan sesuatu barang yang rosak, usahlah kita berlagak pandai kerana tindakan kita itu buruk kesannya. Kita akan dikata orang
A. Bagai tikus membaiki labu
B. Bagai lebah menghimpun madu
C. Laksana pohon kayu tiada berbuah
D. Seperti kera mendapat bunga

50. Walaupun sofia anak orang kaya ,dia tidak mendapat kebebasan untuk melakukan aktiviti yang digemarinya.
Peribahasa yang tepat bagi mengambarkan keadaan dalam penyataan ini ialah
A. laksana burung diam dalam sangkar
B. lepas ibarat burung, mata badan terkurung
C. bagai bulan dipagari bintang
D. seperti katak di bawah tempurung.



Jawapan

1.B
2.D
3.A
4.C
5.A
6.B
7.D
8. D
9.B
10.B
11.D
12.B
13.A
14.C
15.A
16B
17.C
18.A
19.C
20.A
21.B
22.C
23. B
24.B
25.D
26.C
27.A
28.A
29.B
30.D
31.A
32.C
33.D
34.B
35.C
36.D
37.C
38.B
39.C
40.C
41.A
42.D
43.B
44.D
45.C
46.C
47.D
48.C
49.A
50. B

No comments: