Monday, June 9, 2008

ANTALOGI SEUNTAI KATA UNTUK DIRASA

PANTUN JOGET PAHANG

Dari Melaka pergi ke Pahang,
Singgah di Johor beli berangan,
Kami mengucapkan selamat datang,
Apa yang kurang dikeji jangan.

Negeri Pahang aman sentosa,
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan,
Niat di hati nak buat jasa,
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan.


Pukul gendang kulit kerbau,
Dalam majlis tari-menari,
Kami ini daganglah merantau,
Mengharap belas orang di sini.

(Dipetik daripada antologi Seuntai Kata untuk Dirasa,Tingkatan 2,DBP)
1 Apakah harapan tuan rumah terhadap
tetamu yang bertandang ke rumahnya?
3 Apakah harapan perantau apabila
berada di sesuatu tempat?


A Berharap tetamu tidak serik untuk berkunjung ke rumahnya lagi
B Mengenang budi atas segala yang diberi semasa bertandang ke rumahnya.
C Berharap dapat memaafkan atas segala kekurangan yang berlaku.
D Tidak membenarkan tetamu itu bertandang ke rumahnya kerana menyusahkan beliau.

2 Kita seharusnya berdoa pada setiap
masa terutama dalam membuat sesuatu
perkara kerana

A mendapat keredaan Tuhan
B mendapat balasan yang setimpal
C tidak disalah anggap oleh orang lain.
D mengharapkan hasil yang diperoleh lebih lumayan.

A Mendapat layanan yang sama dengan tempatan
B Mendapat belas kasihan penduduk
C Tidak disalah anggap kedatangannya
D Membantu setakat yang termampu

4 Petikan pantun di atas menggmbarkan
tentang

A kematian
B kemuliaan
C kemiskinan
D kemelaratan

5 Berikut merupakan persoalan
persoalan yang terdapat dalam “Pantun
Joget Pahang” kecuali

A perantau perlu diberi bantuan
B tetamu wajar dilayan dengan baik
C kewjipan membuat baik pada setiap masa.
D sentiasa meminta kemaafan atas kekurangan yang berlaku.


Praktis 2
PANTUN TEKA TEKI

Ikan Selar dalam kuali,
Kuali diletak celah dapur;
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?

Tanam pisang sulung tahun,
Malam-malam tanak nasi,
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?

Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?

1 Apakah binatang yang dimaksudkan
dalam rangkap pertama “Pantun Teka-
teki”?

A Ular
B Cacing
C Ulat
D Buaya

2 Makanan yang dibungkus seperti yang
dimaksudkan dalam pantun di atas
ialah

A ketupat
B lemang
C kuih koci
D pulut panggang

3 Perkataan bila dalam rangkap ketiga
baris ketiga dan keempat adalah
contoh

A aliterasi
B similie
C personifikasi
D anafora

4. Apakah tema “Pantun Teka-teki”

A kepekaan terhadap suasana dan benda-benda yang terdapat di sekeliling kita
B Kecekapan menggunakan pantun untuk menyampaikan teka-teki
C Kebijaksanaan orang zaman dahulu dalam menguji seseorang.
D Memupuk minat berfikir dalam kalangan generasi kini dan generasi terdahulu



Praktis 3

Baca sajak di bawah dengan teliti,
Kemudian jawab soalan-soalan
Yang berikutnya.

CINTA
Aku cinta padamu
wahai laut yang bergelora
Kerana aku bias belajar
menjadi seorang jejaka
yang tabah menerima cabaran

Aku cinta padamu
wahai langit yang luas
kerana aku bisa terbang bebas
menjelajah dunia saujana
antara batas dan tradisi.

Aku cinta padamu
wahai gunung yang tinggi
kerana aku bisa menjadi
seorang pendaki gagah
yang tidak cepat menyerah kalah.
Awang Abdullah,
(Dipetik daripada antologi Seuntai Kata untuk Dirasa,
Tingkatan 2,DBP.




5 Berikut merupakan pengajaran-
pengajaran yang terdapat dalam
“Pantun Teka-teki,kecuali

A sesetengah persoalan tidak dapat diatasi dengan mudah
B akal perlu digerakkan bagi mengatasi sesuatu masalah.
C sesuatu jawapan itu mestilah disertai dengan alasan yang kritis.
D sesiapa yang dapat menjawab teka-teki itu dianggap pintar.


1. Apakah yang cuba disampaikan oleh
penyajak dalam rangkap pertama?

A keinginan pemuda yang cuba memperoleh sesuatu perkara
B Kesanggupan pemuda menggalas sesuatu perkara yang telah diamanahkan
C Kekuatan yang cuba ditunjukkan oleh seseorang pemuda dalam melakukan sesuatu perkara
D Semangat perjuangan seorang anak muda yang sanggup menghadapi pelbagai halangan hidup.

2 Penyajak juga mengucapkan syukur
kerana

A diberi peluang yang terbuka luas untuk menghadapi kehidupan yang bebas.
B masih dapat menjalani kehidupan di dunia ini.
C dapat menjelajah dunia ini sehingga ke angkasa lepas.
D mampu mengecapi kehidupan di dunia ini.

3.Apakah kesan jiwa penyajak daripada
penelitian terhadap alam?

A Bisa terbang bebas
B Menjelajah dunia saujana
C Menjadi tabah dan tercabar
D Menjadi tabah dan tidak cepat mengalah.
4 Sajak ini memperlihatkan perasaan
penyajak yang begitu

A sinis
B romantis
C patriotik
D melankolik

5 Gunung menurut penyajak,mengajar
dia nilai

A tidak mudah putus asa
B berani menghadapi cabaran
C mempunyai semangat yang tinggi
D rajin dan tekun

No comments: